Pages

Tuesday 28 March 2017

6 MITOS IMUNITI, TERBONGKAR!

Apa itu IMUNITI? haaaa mesti ramai yang beranggapan bahawa imuniti itu adalah ketahanan badan untuk melawan penyakit. Ada juga betulnya tentang kefahaman tersebut.

Meh Anie terangkan dengan lebih jelas apakah sebenarnya IMUNITI.

Sistem imuniti boleh diibaratkan sebagai perisai atau tentera di dalam badan kita. Ia bertindak melawan jangkitan, pelbagai jenis penyakit yang bakal menurunkan kualiti kesihatan kita. Tanpa pertahanan terhadap sistem imuniti ini, virus, bakteria, parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya akan mudah menyerang badan kita. Justeru itu, kita badan akan mudah menjadi lemah dan sakit.

Sistem imuniti tubuh kita ni bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Memang langsung tak berhenti sebab serangan terhadap sistem imuniti kita ni sentiasa ada. Kita je tak perasan sebab ianya terlalu halus, berbentuk micro-mekanisma.

Apabila badan dah tak boleh nak lawan atau dah berada di tahap yang agak serius serta di luar kemampuan tubuh, baru kita mula rasa tak selesa, rasa tak sedap badan pun ye.

Jom kita kenali 6 mitos imuniti tersebut :

  1. Kebasahan dalam hujan akan membuatkan anda sakit.
         Tiada bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut. Apabila tiada bukti-bukti sains yang kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek moyang kita.  


 
      2. Selsema ialah virus, sejuk ialah bakteria.

          Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik : terdapat lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah paling biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap yahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa sistem imun adalah di tahap yang terbaik.



      3. Selsema tidak berbahaya.

             Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49 000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi di bawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sitem imun yang lemah juga merupakan sebahagian daripada kumpulan berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan yang lebih serius.

     4. Antibiotik membantu merawat sejuk atau selsema.

              Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walau bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.



     5. Selepas sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau tempoh itu. 

              Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda tidak akan menjadi mangsa kepada virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.

    6. Anda hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema.

                   Mitos! Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema. Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau bersin.
              
haaaa... sekarang anda telah ketahui 6 mitos imuniti. Tak perlu lagi keliru antara mitos ke fakta ke auta...

Kalau anda nak mencari perisai untuk jauhkan diri daripada virus, bakteria, parasit dan taksin bolehlah cuba Nutriferon daripada Shaklee. Pasti mereka semua itu takut nak rapat dengan anda..huhu

Sekian coretan Anie, nak tahu lebih tentang 'PERISAI' tersebut jangan malu-malu pm ye...

SID Anie,
013-9570123

No comments:

Post a Comment