MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Kesuburan dan peluang kehamilan
Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.
Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.
Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile window)?
Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.
Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.
Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).
Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.
No comments:
Post a Comment