Pages

Sunday 19 November 2017

ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua..



Pagi ni anie dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda kepada sahabat sepejabat anie, kak sofia... Allahu... terus je teringat peristiwa 17 Ogos 2010 yang lalu.. Jam 7.20 malam ayah anie menghembuskan nafas yang terakhir...

Susah sangat nak menggambarkan perasaan ketika itu, hanya Allah saja yang tahu. Ayah pergi dalam bulan yang mulia iaitu pada 7 Ramadhan. Ayah disahkan terkena serangan jantung sebanyak 2 kali, serangan itu menyebabkan ayah koma selama 2 hari dan selepas ayah sedar ayah tak boleh bercakap, bila kami berinteraksi dengannya ayah dengar tapi yang ayah mampu hanyalah mengalirkan air mata.

Sepanjang ayah dalam keadaan macam tu, anie sempatlah bermanja dengan ayah. Potong kuku ayah, sapukan losyen kat tangan dan kaki ayah. Alhamdulillah, sepanjang masa anie temankan ayah sementara nak kebumikan. Sempat la mengajikan untuk ayah sampai keesokan harinya. Suasana semasa pengkebumian ayah sangat mendamaikan, redup je. Rezeki arwah ayah juga sebab ramai yang datang menziarahi ayah untuk kali terakhir. Masa cium ayah buat kali terakhir, rasa lemah sangat badan ni, tak mampu nak hadapi semua tu. Perkara yang paling anie takut nak hadapi akhirnya pada tarikh tersebut berlaku. Langkah terasa sangat kosong. Ya Allah, berat sungguh ujianMu. 

Permulaannya amat sukar untuk menerima apa yang terjadi tapi nak ke tak nak anie kena redha dengan ketentuan Allah. Hari-hari kami sepi dan Aidilfitri kami sangat hambar tanpa ayah. Kalaulah anie dah kenal dengan Shaklee ketika itu memang anie dah usahakan untuk belikan ayah makanan tambahan untuk pastikan tahap kesihatan ayah sentiasa baik. Walaupun anie tak dapat lakukan perkara tersebut terhadap arwah ayah, anie dapat tunaikan hasrat tu untuk mak anie. Vivix pertama yang asalnya anie nak minum, anie hadiahkan untuk mak. Alhamdulillah mak memang tiada sebarang masalah kesihatan. Syukur sangat. Jadi pengambilan vivix mampu memperbaiki mana-mana sel dalam badan mak yang dah rosak sebab kandungan vivix boleh bertindak sehingga ke sel DNA. Melihat mak sentiasa sihat merupakan satu kebahagiaan yang tidak terhingga buat anie.

Pada pendapat anie, makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen ni perlu diambil ketika sihat untuk melengkapkan keperluan nutrisi tubuh badan. Bukannya dah sakit baru nak amalkan suplemen dan vitamin. Ada ketikanya tindakan sebegitu adalah terlalu lambat. Jangan terlalu berkira dengan ibu bapa kita. Hargailah selagi ada hayat mereka. In shaa Allah kita ikhtiar pasti Allah permudahkan.

Rindu pada orang yang dah tiada ni adalah paling perit sekali bagi anie. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa arwah ayah. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam golongan orang beriman. Aamminnn 






No comments:

Post a Comment