Pages

Friday 24 November 2017

TABIAT PEMAKANAN UNTUK ELAK TERKENA BATU KARANG

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Entri hari ni anie nak kongsikan Tabiat Pemakanan untuk Elak terkena penyakit Batu Karang.

Pemakanan yang tinggi kandungan protein dipercayai boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin turut menyumbang kepada masalah ini.

Perubahan dalam pemakanan dengan diet rendah protein diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang.

Pesakit batu karang jenis oksalat dinasihatkan untuk menghindari makanan seperti tomato, kentang, keledek, bendi, bayam, daging kambing, coklat, kekacang, tempe dan tauhu. Makanan tersebut kaya dengan oksalat dan pengambilannya hanya akan memudaratkan keadaan. Pesakit sebaliknya digalakkan meminum campuran air masak dengan perahan jus lemon kerana ia bermanfaat untuk menghalang pembentukan batu karang. 

Bagi pesakit dengan batu karang jenis fosfat, mereka digalakkan meminum banyak jus kranberi. Ini kerana, urin pesakit mempunyai pH yang tinggi (beralkali), jadi minuman berkenaan dapat meneutralkan air kencing dengan meningkatkan tahap keasidan urin.
Bagi pesakit batu karang jenis asid urik, mereka tidak boleh mengambil makanan yang tinggi protein purine seperti telur, daging merah, makanan laut dan organ dalaman termasuk lidah, hati, limpa dan sebagainya.
Berlainan dengan pesakit batu karang kalsium fosfat, pesakit batu karang asid urik tidak boleh mengambil jus kranberi, sebaliknya hanya boleh minum air masak dan air campuran lemon, selain itu, jus limau gedang juga tidak baik untuk semua jenis batu karang.

Makanan yang mengandungi kalsium organik seperti susu dan keju tidak menyumbang kepada pembentukan batu karang.
Ia sebenarnya bagus kepada pesakit batu karang kerana kalsium dalam saluran pencernaan mengikat oksalat daripada makanan dan menyimpannya daripada memasuki darah, dan kemudian saluran kencing di mana batu terbentuk.
Suplemen kalsium dalam apa jua bentuk bagaimanapun bertindak sebaliknya. Kalsium jenis ini boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang.
CADANGAN SUPLEMEN UNTUK ELAK TERKENA BATU KARANG.
Antarara makanan tambahan yang boleh diamalkan untuk elak daripada terkenanya penyakit Batu Karang ialah Vivix, Alfalfa Complex, B-Complex, Ostematrix, Sustained Releasa Vita-C Plus, Lecithin dan Caratomax.
 Fungsi kesemua makan tambahan tersebut ialah :

  • Vivix : mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular.
  • Alfalfa Complex : mengurangkan infeksi dan inflamsi.
  • B-Complex : mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk Batu Karang.
  • Ostematrix : mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam).
  • Sustained Release Vita-C Plus : menambah keasidan urin supaya Batu Karang tidak terbentuk.
  • Lecithin : mengemulsi lemak dan minyak yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.
  • Caratomax : menyembuhkan luka di urinari akibat Batu Karang.
Klik sini untuk pembelian terus SET BATU KARANG!







No comments:

Post a Comment