Pages

Sunday 31 December 2017

CARA ATASI DAN MELEGAKAN SENGGUGUT YANG TERUK

Assalamualaikum dan hai semua. Masih lagi bercerita tentang masalah senggugut seperti entri semalam, hari ini Anie nak kongsikan apakah yang Anie amalkan bagi mengurangkan senggugut yang teruk. Selain mengalami senggugut yang teruk, Anie juga alami “heavy flow” semasa datang bulan. 



Apakah yang Anie amalkan bagi mengurangkan dan melegakan sakit senggugut? Jom kita teruskan membaca. Selepas meng”google” , Anie jumpa ‘SET SENGGUGUT SHAKLEE’. Jadi, kebetulan ada kakak di pejabat Anie bekerja ada jual produk Shaklee, Anie pon terus order dengan dia. Alhamdulillah belum habis semua produk yang ada dalam set itu, sudah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. 

SET SENGGUGUT SHAKLEE



  1. GLA Complex
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

     2.  Ostematrix

  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. 
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. 
  • Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


     3. Shaklee B-complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5         (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
Justeru, kepada wanita di luar sana yang mengalami senggugut ketika datang bulan, bolehlah mencuba set ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment