Tindakan menghisap puting dalam kalangan bayi adalah semulajadi. Apabila kehendak itu tidak dipenuhi, bayi biasanya tidak selesa, meragam dan mungkin akan menangis. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa memilih puting tiruan sebagai alternatif untuk menenangkan bayi. Punca Anie terpaksa berikan puting tiruan kepada Ammar Izzariel adalah kerana dia tak nak lepas bila menyusu badan. Orang cakap ‘ngempeng’ je.
Walaupun pada permulaannya puting tiruan mungkin amat membantu, namun sekiranya tempoh menghisapnya terlalu lama (lebih daripada dua tahun), kebaikan itu akan bertukar menjadi satu masalah. Iye memang Anie akui sangat perkara ini. Sekarang Ammar Izzariel dan dua tahun 3 bulan tapi masih lagi hisap puting tiruan. Ramai juga yang pelik sebab masa umur dua tahun sebulan, dengan sendirinya dia berhenti menyusu badan. Bila tanya, Ammar Izzariel jawab “Ammar dah besar la mami”.
Akibat terlalu lama menghisap puting tiruan, struktur gigi khasnya bahagian atas boleh terjejas, terjongket keluar dan tidak tersusun. Malah ikatan serta kekuatan gigi turut berkemungkinan menjadi lemah. Justeru, lebih awal anda menghentikan tabiat menghisap puting risiko untuk berhadapan dengan masalah ortodontik dapat diatasi. Namun bukan mudah untuk ‘menceraikan’ puting tiruan dengan anak. Lebih-lebih lagi apabila ia sudah menjadi tabiat atau kebiasaan. Jom kita cuba tips seperti berikut :
- Lokasi Selesa.
Anda perlu mengesan persekitaran yang membuatkan si manja terganggu. Teliti juga punca yang membuatkan anak begitu bergantung kepada puting tiruannya. Selain itu, bersedialah untuk mengalihkan perhatian anak dengan sesuatu yang baru. Antaranya ialah anak patung, mainan dan sebagainya. Sebagai tambahan, umpan anak dengan aktiviti menggembirakan agar mereka leka.
- Kreatif & Bergembira.
Aturkan satu majlis sambutan sekiranya anak bersetuju untuk ‘melupakan’ puting kesayangannya. Dalam majlis itu, ajak anak membuang puting tersebut sambil memujuknya dengan mengatakan “Kini ada bayi baru lahir yang akan menggunakan puting itu”. Beri gelaran baru kepada anak. Misalnya, ‘big girl’ atau ‘big boy’ sambil disertai dengan pemberian permainan menarik.
- Alamak, sudah hilang!
Tentu sahaja anda boleh menghilangkan puting tiruan anak sekelip mata. Namun, lebih baik sekiranya anda mencipta satu alasan logik yang boleh meredakan hatinya. Beritahu anak bahawa putingnya mungkin hilang, rosak atau sesuatu alasan lain yang sedap didengar. Sekali-sekala ajak anak mencari sama puting yang hilang. Lama-kelamaan mereka akan percaya dan melupakan tabiat menghisap puting.
- 1,2,3... Potong!
Rancang permainan ala-ala ‘countdown’ dan katakan puting kesayangannya akan semakin mengecil. Minggu pertama, potong sedikit muncung puting (pastikan potongan kemas kerana anak akan terus menghisap puting yang sama). Kemudian teruskan memotong puting tersebut pada minggu seterusnya. Apabila semakin kecil, ajak anak anda bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal pada putingnya.
- Jangan Lupa.
Walau apa pun pendekatan yang digunakan, anda perlu lihat situasi anak dan perancangan anda. Tentukan dia sudah bersedia untuk melupakan puting kesayangannya dan anda tidak bercadang untuk bercuti atau mengkin menghadiri majlis besar seperti majlis perkahwinan bersamanya dalam masa terdekat. Jika tidak anak mungkin akan meragam dan sukar untuk ditenangkan tanpa puting.
Terdapat 5 tips yang anda boleh gunakan. Anie sekarang masih menggunakan tips yang kedua tu. Harap berjayalah ceraikan puting tiruan si Ammar Izzariel tu. Tolong doakan ye sahabat semua.
No comments:
Post a Comment