Pages

Wednesday 31 January 2018

3 CARA ATASI LETIH DAN LESU.

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni seharian anie sibuk sangat memunggah barang-barang kat rumah di Rembau kerana berpindah ke Lubok China. Mula-mula nampak macam sikit je barang tapi bila dah angkut mak ai, penuh selori 7 tan barangnya. Pengsan nak mengemas. 

Alhamdulillah dah siap kemas sebahagiannya. Esok kena kerja. Shift pagi, Jumaat dan Sabtu baru off. Jadi, balik kerja petang esok la baru sambung mengemas. Anie dan suami dalam perancangan untuk beli rumah, jadi sementara ni kami pilih untuk menyewa dahulu di Lubok China sebab dekat sikit nak ulang-alik hantar Ammar Izzariel. Mak Anie nak sangat jaga Ammar Izzariel, jadi kami tiada pilihan lain. Tak apalah, demi mak tersayang ku turutkan jua.

Hari ni adalah “closing day” untuk semua SID Shaklee, jadi untuk tidak kelam kabut, petang tadi lagi Anie dah settle closing. Cukupkan apa yang patut. Alhamdulillah, semoga Februari lebih mendatangkan rezeki yang luas buat Anie sekeluarga.

Memandangkan sekarang Anie ni bekerja shift, jadi pengambilan makanan tambahan memang sangatlah perlu dengan kata lain WAJIB! Kalau tak letih dan lesu je la badan ni ha. Lemau macam biskut. Nak nak kalau pertukaran shift antara petang ke pagi, rasa pergi kerja pagi tu mata ni macam panda dah. Hadoi.



Jadi, meh nak kongsikan apa yang Anie amalkan untuk elak letih dan lesu sepanjang hari. Taraaaaa...


Inilah yang WAJIB Anie amalkan setiap pagi. Kalau tak mesti kul 10 dah rasa mata ni macam ada gam. Nak lolap je.

Manfaat pengambilan Set atasi Letih dan Lesu adalah :

B-Complex
❤ Mengandungi asid folic dan vitamin B lengkap termasuklah Biotin, Asid fentotenik yang membantu menukarkan lemak, protein kepada tenaga.

Vitalea iron formula.
❤ Merupakan multivitamin pertama di dunia dan di saluti dengan spirulina. Pelengkap nutrisi dan pembekal tenaga kepada tubuh serta memberikan kecergasan dalam membantu stimulasi metabolisme tubuh.

Vivix.
❤ Mengandungi muscadine grape dan elderberry yang kaya dengan resveratrol di mana ia mampu membekalkan tenaga kepada tubuh dari peringkat sel.

Kebiasaanya Anie akan ambil semua ni waktu pagi. Selepas sarapan. Selain mampu atasi letih dan lesu, amalan pemakanan makanan tambahan ini juga mampu membantu anda untuk mengawal stres dan bertenaga sepanjang hari. 

Nak cuba? Boleh aje. Jom pm anie.

No comments:

Post a Comment