Pages

Friday 2 February 2018

5 GEJALA KEBAS TANGAN YANG PATUT ANDA AMBIL PEDULI.

Assalamualaikum dan hai semua. Masih lagi dalam tajuk kebas tangan. Sebelum ni anie dah kongsikan punca kebas tangan, hari ni anie nak kongsikan pula gejala atau tanda-tanda kebas tangan ini.


Jangan pandang remeh sekiranya anda mempunyai gejala sebegini. Perkara sebegini juka tidak diambil peduli akan menyebabkan kita merasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu perkara. Semua benda yang dibuat menjadi tidak kena.

Gejala Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
  1. Anda akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
  2. Kebiasaannya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
  3. Jikalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
  4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
  5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.
Adakah anda pernah alami situasi sebegini? Kalau pernah anda berkemungkinan menghidapi Sindrom Carpal Tunnel.


No comments:

Post a Comment