Pages

Saturday 26 May 2018

5 MAKANAN BANYAKKAN SUSU IBU

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.

Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca yang dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah.


Oleh itu, kenalpasti punca susu badan anda merudum dan cari penyelesaiannya segera demi bayi tersayang. Di sini anie senaraikan beberapa makanan yang boleh diamalkan oleh para ibu untuk menambah susu badan. Mari kita semak satu persatu.

  1. Kurma

Kurma mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Ia memberi tenaga kepada tubuh ibu. Ia mengelakkan ibu letih dalam aktiviti penyusuan. Bila tubuh ibu mula letih, hormon stress akan terhasil. Hormon stress ini akan menyekat penghasilan susu. Oleh sebab itu, penting ibu kekal bertenaga semasa aktiviti menyusu. Jadi, buah kurma boleh membantu beri tenaga kepada ibu menyusu. Apabila ibu lebih bertenaga, susu ibu akan jadi lebih banyak.

  2. Badam


Badam merupakan makanan untuk ibu menyusu yang kaya akan kalsium yang berguna untuk tulang. Kandungan kalsium yang ada di dalam badam ini sangat memberi manfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi yang disusukan. Jadi, dengan mengamalkan makan badan, susu yang diberikan pada bayi akan mengandung lebih banyak kalsium. Selain untuk tulang, kalsium juga berguna untuk pertumbuhan gigi si kecil.

  3. Chia seeds 



Khasiat chia seeds ini adalah mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi dari susu. Jadi boleh la letak chia seeds dalam air masak yang selalu ibu menyusu minum.

  4. Jantung pisang 


Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau masak lemak. Kesannya dikatakan boleh banyakkan susu!

  5. Alfalfa 


Dikenali sebagai raja tumbuhan. Mengandungi kandungan fiber yang tinggi boleh membantu pelawasan ibu juga. Sangat terkenal sebagai penggalak susu dan sekarang sudah ada alfalfa dalan bentuk tablet yang mudah ditelan.

Sepanjang menyusukan secara penuh Ammar Izzariel selama 2 tahun sebulan, anie amalkan minum dan makan ini. Alhamdulillah supply sentiasa memenuhi demand.😍



No comments:

Post a Comment