Pages

Wednesday 29 March 2017

CARA TINGKATKAN SISTEM IMUN SECARA SEMULAJADI

Hai semua, kalau sebelum ni Anie dah kongsikan entri tentang 6 mitos imuniti. Jadi, untuk entri kali ini Anie nak kongsikan tentang cara untuk tingkatkan imun secara semulajadi.



Sistem imun anda adalah penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan anda setiap hari untuk menetang serangan dari penyerang (bakteria, kulat dan virus), dan bertindak sebagai satu pertahanan terhadap penyakit dan pertumbuhan sel tidak normal.

Selain melindungi anda dari jangkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan jangkitan menjadi lebih teruk. Keupayaan sistem imun anda untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan anda lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan anda sembuh lebih cepat dan mencegah daripada menghasilkan isu-isu kesihatan yang lebih serius. Sistem imun yang lemah akan membuatkan anda lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan hura-hara di dalam badan.

ADAKAH ANDA TAHU?

Terdapat 3 tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Apa membentuk keimunan anda bukanlah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dantisu yang hadir di seluruh anggota badan anda. Adalah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.

Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun anda untuk memaksimumkan perlindungan badan anda daripada bahaya.

BAGAIMANA 3 TAHAP PERLINDUNGAN IMUN BEKERJA?

TAHAP PERTAMA

Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan.


TAHAP KEDUA

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan anda. Protein isyarat imun yang dipanggil "Interferon" memainkan peranan yang penting dalam mengaktif dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi anda daripada serangan kuman.

TAHAP KETIGA

Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel anda. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel anda memerlukan "Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel dengan lebih cepat.

NUTRIEN YANG MERANGSANG SISTEM IMUN.



PROTEIN menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.



VITAMIN dan MINERAL membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.



OMEGA 3 terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.



BIJI LABU, BIJI PLANTAGO, BUNGA SAFFLOWER, HONEYSUCKLE JEPUN secara semulajadi meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.



KARATENOID meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.



BAWANG PUTIH adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.



VITAMIN C adalah 'otot' sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.



RESVERATROL dan POLIFENOL meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melingdungi sel-sel DNA.

Sekarang anda tahu cara untuk meningkatkan sistem imun secara semulajadi. Marilah sama-sama kita kuatkan sistem imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.

Boleh hubungi Anie kalau nak tahu lebih lanjut lagi.
SID Anie
013-9570123

No comments:

Post a Comment