Assalamualaikum dan hai semua...
Kalau semalam anie kongsikan entri tentang resepi minum petang, hari ni nak kongsikan TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG BETUL DAN BERKESAN yang biasa anie amalkan...
Penjagaan kulit wajah ni penting tau... pemilihan ‘skin care’ pon perlulah berhati-hati... Jom kita teliti satu persatu tips ini...
- Cuci muka sebelum tidur malam.
Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.
2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi.
Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.
3. Bilas muka dengan sempurna.
Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.
4. Jangan kerap bertukar produk.
Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda. Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda 'rest' sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka.Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri.
5. Kurangkan menyentuh muka.
Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah kita dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.
6. Jaga pemakanan.
Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.
7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari.
Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.
8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.
9. Kurangkan penggunaan alat solek.
Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.
10. Asingkan kain tuala pengelap muka.
Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.
11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari.
Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Sinaran matahari yang paling merbahaya adalah sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari pada waktu itu. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah cahaya matahari pada waktu PAGI bukannya SIANG iaitu sekitar jam 7-8 pagi.
12. Elakkan mengelap muka menggunakan baju.
Gunakan kain atau tisu yang bersih untuk mengelap wajah anda yang basah atau berpeluh. Jangan gunakan baju atau kain tudung kerana dikhuatiri kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka anda.
Selain mengamalkan semua tips ni, anie juga konsisten amalkan suplemen dan vitamin untuk kecantikan... Nak tahu? Nanti anie kongsikan dalam entri lain ye...
No comments:
Post a Comment