Assalamualaikum dan hai semua...
Untuk entri hari ni anie nak kongsikan tentang makanan yang perlu dielak semasa berpantang...
APA RASIONAL BERPANTANG MAKANAN INI?
Okey, apa rasionalnya nak pantang makanan ini ye?
Ini kerana, makanan-makanan ini bersifat tajam dan berbisa. Malah, buah-buahan yang berasa masam dan sayur yang menjalar pula selalunya bersifat angin.
Kekacang pula, boleh mendatangkan tindak balas seperti alahan dan kegatalan di kawasan jahitan.
Benda-benda yang diperam seperti pekasam dan ikan kering pula, akan menyebabkan darah nifas tidak lancar keluarnya dan akan berbau hanyir serta punca keputihan.
KESANNYA KEPADA KESIHATAN IBU?
Ibu yang melanggar pantang makanan, kesannya kita dapat lihat sangat berbeza berbanding ibu yang menjaga pantang.
Ibu yang menjaga pantang, mempunyai stamina yang kuat dan cergas uruskan urusan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.
Stamina mereka kuat, dan susah mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman mereka sihat kesan dari pemakanan herba dan sajian harian yang sangat menyihatkan.
Manakala, ibu yang melanggar pantang pula sering kelihatan sentiasa penat, senang rasa mengantuk, dan rasa letih itu membuatkan mereka cepat marah dan moody.
Mereka juga senang mendapat sakit sendi dan sakit urat, badan mudah masuk angin, ketumbuhan jerawat dan senang gemuk serta berisiko untuk fibriod kerana rahim mereka tidak bersih daripada darah kotor, dan ketidakseimbangan hormon.
Seorang ibu itu benar-benar sihat itu mengambil masa selama 6 bulan selepas bersalin. Ini kerana, 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih tidak stabil.
Jadi, berpantanglah dengan tekun ye supaya hormon kembali seimbang dan barulah badan benar-benar sihat.
Okey, mari kita lihat apakah makanan-makanan yang perlu dielakkan oleh ibu berpantang! Jom..
1. BUAH-BUAHAN YANG SEJUK DAN BERANGIN.
Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.
2. SAYUR- SAYURAN YANG SEJUK DAN BERANGIN.
Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.
3. KEKACANG YANG SEJUK DAN BERANGIN.
Kacang soya (tempe, tauhu, taufu fa), barli, kacang kuda (dhal), kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan taugeh.
4. DAGING DAN AYAM.
Ayam suntik, telur, organ dalaman dan daging lembu (kecuali hiris nipis dan bakar kering).
5. IKAN DAN MAKANAN LAUT.
Ikan tongkol/kayu, pari, sotong, udang, kembung, sardin, cencaru, pekasam, ikan masin dan tamban.
Ikan masin bukan sahaja kurang berkhasiat buat ibu berpantang, ia juga boleh melemahkan urat saraf, punca keputihan dan menyebabkan darah nifas berbau hanyir.
Manakala, ikan yang bisa dan boleh menyebabkan ibu turun darah dan bentan dipintu rahim ialah parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam dan keli.
Udang, sotong, kerang dan ketam juga boleh menyebabkan alahan dan kegatalan kulit terutama di kawasan jahitan.
6. MINUMAN.
Air yang sejuk, berais, berkarbonat (gas) dan kafein yang tinggi.
7. LAIN-LAIN MAKANAN.
Laksa, mee kuning, keju, budu, jeruk dan nasi dingin.
Okey setakat ini dulu perkongsian anie.
Semoga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment