Assalamualaikum dan hai uols...
Uols sihat ke? Ke tengah alami stress?? Huhu
Kalau ada yang stress meh sini anie nak kongsikan dengan uols 6 cara menghilangkan stress...
Cara Menghilangkan STRESS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♥️Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami.
♥️Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut.
♥️Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
♥️Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi.
♥️Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain.
♥️Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang.
Ok... Bila uols dah berjaya tangani stress, bina pula diri dengan aura-aura yang posotif... Bagaimana? Caranya seperti berikut :
Membina diri dengan Aura Positif
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa pentingnya dengan aura positif ini? Aura positif ini akan menyeimbangkan perasaan anda dan menenangkan perasaan ke tahap yang optima supaya anda dapat menghadapi stress dan tekanan dengan sewajarnya. Bagaimana untuk membina diri dengan cas-cas positif ini supaya anda lebih gembira dan bertenang?
🔴Menjaga hati.
🔴Dekatkan diri dengan Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa. Ada berbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Berkuasa, contohnya dengan berzikir, mengaji, menjaga solat, membuat solat2 sunat, berpuasa dan sebagainya.
🔴Berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dan berjaya, supaya kita dapat berfikir dan bertukar pandangan dengan lebih baik antara satu sama lain.
🔴Banyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah. Percaya dengan kuasa doa sebagai senjata dan perisai diri yang paling mujarab dalam hidup kerana apabila anda percaya, anda akan melalui proses penyembuhan dan miracle yang tidak tersangka-sangka.
🔴Wujudkan suasana yang paling selesa buat diri anda contohnya memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga.
🔴Wujudkan perhubungan yang positif dengan semua orang di sekeliling kita dan berusaha mengekalkan cas-cas positif lebih banyak berbanding cas negatif dengan mengawal perasaan dan emosi setiap hati.
🔴Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang halal, bernutrisi dan berkhasiat setiap hari supaya sel-sel badan mendapat khasiat yang secukupnya untuk kekal sihat dan gembira.
Selain itu, uols bagi yang beragama Islam, uols sangat digalakkan untuk sentiasa berzikir... Zikir adalah salah satu amalan yang anie memang sentiasa amalkan ketika stress... Alhamdulillah sangat membantu menenangkan jiwa. Uols pon boleh cuba tau...
Zikir Terapi Diri
~~~~~~~~~~~~
❇️Ya Latif : (Yang Maha Lemah Lembut)
Ucapkanlah 100x sehari
❇️Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar : (Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, ALlah Maha Besar)
❇️La haula wala quwwata illa billah : (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
❇️Doa : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. dan Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
dan banyak lagi zikir-zikir terapi diri yang boleh diamalkan
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.
[al Baqarah/2:155-157]
Semoga anda akan lebih bertenang selepas ini, bertawakkal kepada Allah atas setiap apa yang berlaku kerana pasti akan ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Ujian yang diberikan tidaklah sia-sia kerana ianya penuh dengan pengajaran buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat supaya dapat bertindak dengan lebih positif dan bijak.
😘😘😘
Renung- renungkan dan selamat beramal...
😊😊😊
LOL,
Anie Jali
-founder iDietFitGroup-
No comments:
Post a Comment