Pages

Wednesday 15 November 2017

7 RESEPI BERKHASIAT UNTUK IBU BERPANTANG...

Assalamualaikum... hai semua...

Kalau dalam entri semalam anie dah kongsikan makanan yang perlu dielakkan semasa tempoh berpantang, hari ni anie nak kongsikan 7 resepi berkhasiat yang mudah untuk disediakan ketika berpantang...



Kebiasaanya, makanan dalam tempoh berpantang selepas bersalin secara normal atau caesar adalah seperti ikan selar, ikan merah, ikan tenggiri, lada hitam, bawang putih, halia, asam jawa dan lain-lain lagi...

Menu makanan dalam tempoh berpantang adalah salah satu antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua ibu yang baru melalui fasa ini...

Ibu-ibu berpantang perlu diberikan makanan dan minuman yang khusus untuk berpantang bagi membantu menyembuhkan luka dalaman, menegang dan mengembalikan keadaan diri kepada sebelum bersalin dan supaya para ibu kembali sihat sepenuhnya...

Jom kita lihat apakah menu berkhasiat yang nak anie kongsikan... menu ini juga antara menu yang disediakan oleh mak anie sepanjang tempoh berpantang semasa bersalinkan Ammar Izzariel pada 11 September 2015...

  1. Ikan tenggiri masak singgang.
  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • 1 batang serai
  • 1 sdk asam jawa (diambil airnya)
  • 1/2 cm kunyit hidup *
  • 1 ulas bawang putih *
Caranya :
  • Mayang nipis bahan bertanda * dan ketuk serai. Panaskan 1 cawan air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih dan masukkan isi ikan tenggiri. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan sedikit garam.

     2. Ikan tenggiri masak asam.
  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • 1 sdk asam jawa (diambil airnya)
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia muda *

Caranya :
  • Mayang halus bahan bertanda * dan masukkan ke dalam air asam jawa. Renehkan ikan bersama air asam jawa sehingga masak. Tambah sedikit air jika perlu. Perasakan smdengan lada hitam tumbuk dan sedikit garam.
     3. Sawi lobak masak tumis.
  • 3 cm lobak merah
  • 1 mangkuk sawi
  • 2 ulas bawang putih dihiris

Caranya :
  • Panaskan air dan masukkan bawang putih hingga mendidih. Masukkan sayur. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan sedikit garam.
     4. Bubur nasi ikan merah.

Caranya :
  • Masak bubur seperti biasa, masukkan hirisan halia, kemudian dah separuh masak masukkan lobak merah dan isi ikan merah yang dihiris. Tunggu hingga masak, perasakan dengan sedikit garam. Boleh dihidangkan bersama “crunchy garlic”.
     5. Ikan bilis masak asam.
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1/2 mangkuk hirisan kentang
  • Bawang putih *
  • Bawang merah *
  • Bawang besar *
  • Asam jawa (diambil airnya)
Caranya :
  • Hiris bahan bertanda * , goreng ikan bilis dan kentang, kemudian ketepikan. Gunakan sedikit minyak untuk tumis bahan bertanda *, apabila dah layu, masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Dah sebati, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan sedikit garam.
     6. Lempeng oat bersama ESP.
  • Kisarkan oat menjadi halus seperti tepung dan camourkan sedikit ESP. Sebatikan adunan dan goreng. Gunakan non stick pan untuk elak melekat. Boleh dimakan dengan sedikit madi asli.
     7. Serunding halia muda.
  • Potong halia muda halus jejari dan goreng menggunakan sedikit minyak dengan api perlahan. Walaupun mengambil masa tapi sangat elok supaya badan ibu berpantang menjadi panas dan mengeluarkan angin daripada badan. Nanti bonus kurus dan cantik selepas tempoh berpantang.

Mudahkan semua resepi yang anie kongsikan. Untuk minum pagi dan petang biasanya anie akan minum ESP bersama horlick suam. Memang sedap. Susu pon pekat meriah.

Jom ke entri ini pula.

No comments:

Post a Comment