Uols pernah dengar ANEMIA tak?
APA ITU ANEMIA?
ANEMIA ialah sejenis penyakit yang terjadi desebabkan oleh kepekatan hemoglobin di bawah paras normal. Keadaan ini kerap kali berlaku bersama-sama dengan kekurangan bilangan Sel Darah Merah (SDM). Hal ini juga berkait rapat dengan kekurangan zat besi dalam badan. Kebiasaanya terjadi kepada wanita hamil tetapi ada juga berlaku disebabkan oleh penyakit atau dirawat disebabkan penyakit.
PUNCA ANEMIA.
- Gangguan pembentukan SDM normal.
- Pemusnahan SDM yang berlebihan.
- Pendarahan yang berlebihan.
- Gangguan SDM normal ini terjadi akibat daripada kekurangan zat atau kekurangan fungsi sum-sum tulang. Pembentukan SDM memerlukan bahan penting seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik.
- Zat besi adalah komponen penting dalam hemoglobin. Kekurangan zat besi akan menyebabkan hemoglobin kita terganggu dan berkurangan.Oleh itu saiz SDM pun akan menjadi kecil daripada normal dan warnanya juga kurang merah.
- Anemia jenis ini dikenali sebagai Anemia Hipokromik Mikrositik dan jenis anemia yang kerap berlaku.
- Bagaimana badan kita kekurangan zat besi? Kehilangan darah, kurang bekalan zat besi dalam badan, kurang penyerapan zat besi.
- Kanak-kanak memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.
- Bayi dan kanak-kanak yang berisiko mendapat anemia ialah bayi yang lahir pra matang, bayi yang telah minum susu formula bawah daripada 1 tahun, bayi yang menyusu badan tetapi tidak diberikan makan yang cukup zat besi ketika umurnya cukup 6 bulan, kanak-kanak yang berumur 1 hingga 5 tahun yang minum susu formula lebih daripada 24oz sehari.
- Selain kanak-kanak dan bayi, remaja perempuan juga berisiko untuk mendapat anemia kerana kekurangan zat besi kerana kehilangan darah yang banyak semasa haid.
No comments:
Post a Comment