Pages

Tuesday 28 November 2017

PUNCA TERJADINYA ANEMIA

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Jom kita sambung lagi tambah ilmu tentang ANEMIA. Kalau entri sebelum ini anie dah ceritakan tentang TANDA-TANDA ANEMIA, hari ni anie nak kongsikan tentang PUNCA TERJADINYA ANEMIA.

Untuk pengetahuan semua Kadar hemoglobin (Hb) normal pada manusia adalah seperti berikut :


  1. Lelaki dewasa : 13.5 - 17 g/dl
  2. Wanita dewasa : 12 - 15 g/dl
  3. Ibu hamil : 11 - 12 g/dl
  4. Bayi baru lahir : 14 -24 g/dl
  5. Kanak-kanak : 11 - 16 g/dl
Sekiranya bacaan Hb anda tidak normal bermakna anda adalah penghidap ANEMIA.

Terdapat 10 punca-punca terjadinya Anemia, adalah seperti berikut :



  1. Kurang pengambilan makanan yang banyak mengandungi zat besi, vitamin B12, asid folat dan vitamin C yang merupakan sumber zat yang sangat penting untuk pembentukan Sel Darah Merah (SDM).
  2. Kekurangan zat besi merupakan punca utama Anemia. Kekuranagn zat besi terjadi pada 20% pada wanita dewasa, 3% pada lelaki dewasa dan 50% pada wanita hamil.
  3. Mereka yang vegetarian menyebabkan tubuh kekurangan vitamin B12. Vitamin B12 banyak terdapat pada sumber haiwan seperti daging lembu, ikan, telur dan susu.
  4. Kekurangan asid folat juga dapat menyebabkan Anemia kerana asid folat sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan SDM yang sihat. Asid folat banyak terdapat dalam makanan terutamanya sayuran hijau mentah dan hati lembu.
  5. Pengaliran darah haid yang berlebihan. Beberapa wanita yang senggugut dan mengeluarkan darah haid secara berlebihan lebih mudah terkena Anemia. Wanita yang sedang dalam kitaran haid tidak memiliki zat besi yang cukup.
  6. Wanita yang sedang hamil juga memiliki risiko untuk terkena Anemia. Hal ini dipengaruhi oleh keperluan zat besi dan vitamin yang dimakan oleh ibu juga diserap oleh bayi di dalam kandungan. Bayi juga memerlukan zat besi dan vitamin untuk pertumbuhannya. Oleh itu, ibu hamil disarankan supaya memenuhi dan melengkapkan keperluan zat besi, vitamin dan sumber makanan secara seimbang yang baik untuk ibu dan bayi yang dikandungnya.
  7. Memiliki penyakit tertentu yang menyebabkan infeksi dan pendarahan terus-menerus terutama pada saluran pencernaan seperti gastrik, radang usus dan penyakit lain.
  8. Kesan pengambilan ubt-ubatan tertentu. Terdapat beberapa ubat-ubatan tertentu yang mungkin sering diambil boleh menyebabkan kemampuan metabolisme tubuh untuk menyerap vitamin atau zat besi.
  9. Kesan sampingan prosedur perubatan dan pembedahan. Terdapat prosedur perubatan yang menyebabkan tubuh terkena Anemia dan kurang dapat menyerap zat besi dan vitamin B12.
  10. Penyakit kronik seperti arthritis, penyakit buah pinggang, masalah kelenjar tiroid dan beberapa jenis penyakit kanser. Adakalanya penyakit kronik tersebut juga dapat melumpuhkan kemampuan pembentukan SDM dan akhirnya terkena Anemia.

No comments:

Post a Comment