Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Entri kali ni masih lagi bercerita tentang ANEMIA Kali ni anie nak kongsikan apakah tanda-tanda penghidap anemia.
Pada permulaannya, tanda-tanda anemia ini tidak ketara kelihatan tetapi lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia akan menjadi lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai. Tanda-tanda anemia berbeza bergantung kepada tahapnya.
Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah terkena anemia kerana diet harian yang tidak betul dan tidak makan mengikut piramid makanan. Makan ikut sedap je. Contohnya, tidak mengambil berat tentang pengambilan zat besi dalam makanan yang diambil.
TANDA-TANDA ANEMIA :
- Keletihan : anda akan berasa letih apabila sel darah normal tidak mencukupi.
- Kesukaran untuk fokus : pembentukan neurotransmitter berubah apabila seseorang kekurangan zat besi dan menyebabkan kurang fokus.
- Sakit otot yang melampau : kekurangan zat besi akan menyebabkan sakit otot tidak dapat pulih dengan baik.
- Bersikap tidak ambil peduli : sikap tidak ambil peduli terhadap apa-apa, rakan-rakan, keluarga dan kerjaya.
- Kuku rapuh : kekurangan zat besi akan menyebabkan kuku rapuh, biasanya akan membentuk cengkerang atau seperti sudi di dalam kuku.
- Pucat : penampilan yabg pucat adalah disebabkan aliran darah yang rendah dan kekurangan sel darah merah.
- Air kencing berwarna merah atau merah jambu : disebabkan oleh kekurangan zat besi dan peningkatan penyerapan pigmen tertentu pada usus.
Adakah anda mengalami tanda-tanda di atas? Jika ada, anda semestinya kurang zat besi. Jadi amalkan pemakanan yang seimbang bagi melengkapi keperluan nutrisi badan kita.
No comments:
Post a Comment