Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua...
Hari ni ramai yang ada program konvo anak kan...
Pasti ibu-ibu terkejar-kejar nak sediakan makanan untuk tang tersayang..
Hari ni anie nak kongsikan resepi mudah iaitu Resepi Muffin Telur Gebu...
Bahan-bahan :
- 6 biji telur
- 3 keping chesdale
- 1 batang timun jepun*
- 2 biji kentang*
- 1 batang lobak merah*
- 1 biji bawang besar*
- Sedikit daun sup dan daun bawang
Cara-cara :
- Semua bahan bertanda * dipotong dadu.
- Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 200 darjah C.
- Sapukan sedikit marjerin dalam loyang 7 x 7 inci.
- Masukkan semua bahan yang bertanda * yang telah dipotong dadu tadi.
- Potong chesdale tadi kepada kepingan kecil.
- Taburkan daun sup dan daun bawang.
- Blender telur sehingga kembang.
- Curahkan telur ke dalam loyang.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 200 darjah C...
- Siap untuk dimakan.
Sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang atau bagi yang berdiet tak nak makan nasi boleh la makan masa lunch...
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment