Pages

Thursday 28 December 2017

BENARKAH SURIRUMAH JUGA BOLEH BAKAR KALORI DENGAN MUDAH?

Assalamualaikum dan hai semua. Masih lagi di dalam entri yang berkaitan dengan membakar kalori. Ramai yang mesti tertanya-tanya, benarkah dengan melakukan kerja-kerja rumah boleh membakar kalori dalam badan kita. Okay untuk entri hari ni, mari kita rungkai persoalan ini. Sebenarnya perkara ini banyak bergantung kepada amalan gaya pemakanan setiap individu juga. Sekiranya anda boleh mengawal setiap apa kita makan, sudah tentu lagi membantu dalam proses menurunkan berat badan dan kalori akan lebih banyak terbakar. Lebih-lebih lagi apabila anda mengamalkan 3 cara menurunkan berat badan dengan mudah.


APAKAH JENIS KERJA RUMAH YANG SERING DILAKUKAN OLEH SURIRUMAH MAMPU MEMBAKAR KALORI DENGAN MUDAH?


Masih bermalas-malasan lagi untuk bersenam? Ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh. Lakukan kerja-kerja rumah sebegini :

1. Shopping keperluan rumah.


Setiap bulan pasti anda mempunyai senarai keperluan dapur untuk dibeli di pasar raya. Inilah caranya untuk anda membakar kalori yang berlebihan dalam badan. Caranya, gunakan troli atau membawa bakul yang mempunyai barang keperluan anda itu. Kemudian, ambil dan bawa barang perbelanjaan ke dalam kereta sendiri. Kembalikan troli ke tempat yang sepatutnya.

(1 jam = 243 kalori)


2. Berus gigi.


Doktor gigi menyarankan supaya menggosok gigi sekurang-kurangnya dua minit agar gigi, gusi dan rongga mulut sentiasa bersih. Gosoklah gigi anda secara perlahan-lahan agar gigi bersih dan kalori pun terbakar.

(2 minit = 5.7 kalori)


3. Mengelap perabot rumah.


Anda tidak perlu mendapatkan pembantu rumah kerana anda boleh lakukannya dengan sendiri. Bersih dan lapkan sendiri meja, rak,jendela atau kabinet di rumah anda. Membersihkan perabot rumah juga boleh membuatkan anda berpeluh.

(30 minit = 80 kalori)


4. Menggosok baju.


Ini adalah tugas rumahtangga yang paling tidak disukai oleh kaum wanita. Tetapi, mungkin anda boleh mengubah fikiran jika anda tahu aktiviti ini boleh membakar kalori dalam badan anda.

(30 minit = 76.5 kalori)


5. Melipat kain.


Selepas selesai mengangkat baju di ampaian, masanya untuk melipat baju pula. Sudah tentu akiviti ini boleh menambahkan kalori yang terbakar. Semakin banyak pakaian dan saiz pakaian yang anda lipat, semakin banyaklah kalori yang mampu terbakar.

(30 minit = 72 kalori)


6. Mengemop lantai.


Jangan terlalu mengeluh apabila anda perlu membuat kerja tambahan iaitu mengemop lantai. Jadikan tugas ini sebagai aktiviti fizikal untuk mengurangkan kalori yang berlebihan. Macam Anie, hujung minggu memang selalunya Anie akan mop lantai rumah. Semestinya menjadi mudah dengan menggunakan pencuci serbaguna Basic H dari Shaklee. Tidak perlu dibilas dan yang paling utama semulajadi dan tidak perlu bimbang sekiranya anda miliki anak kecil di rumah.

(30 minit = 153 kalori)


7. Menyapu lantai.


Ini salah satu aktiviti kegemaran Anie kalau waktu mengemas rumah. Confirm berpeluh-peluh tau. Jika ada debu atau kotoran di lantai rumah anda, segeralah ambil penyapu dan sapulah kotoran ini ke luar. Menggerakkan batang penyapu ke depan dan ke belakang, kiri dan kanan boleh membakar kalori yang berlebihan.

(10 minit = 28 kalori)


Justeru, tidak berkerja dan hanya tinggal di rumah menguruskan hal-hal rumah, bukanlah alasan untuk menambah lemak yang ada di dalam badan. 

No comments:

Post a Comment