Pejam celik dah menghampiri ke gariasan penamat bagi tahun 2017. Penghujung tahun, sasaran untuk menurunkan berat badan masih belum tercapai. Tambahan pula dengan hujung tahun yang mempunyai cuaca tidak menentu hinggakan perut berasa cepat lapar. Lagi satu, waktu cuti sekolah beginilah masanya untuk anda pergi bercuti. Terus terpendam niat untuk bersenam.
Jangan risau dengan beberapa aktiviti yang berbaki sebelum menjengah ke tahun baru, anda boleh lakukan aktiviti santai yang mampu membakar kalori. Jadi, tidak perlu ada alasan lagi untuk bermalas-malasan kerana aktiviti santai ini boleh membantu mengurangkkan kalori, sekaligus membuatkan badan anda menjadi lebih fit.
12 AKTIVITI SANTAI UNTUK MEMBAKAR KALORI.
- Bermain boling.
Apabila habis waktu kerja dan mempunyai kelapangan, ajaklah pasangan atau kawan-kawan anda bermain boling selama dua jam. Menurut pendapat dalam Fitness For Weightloss, bermain boling boleh membakar 105 hingga 285 kalori per 30 minit.
2. Naik turun tangga.
Lebih baik anda menggunakan tangga ketika tiba di pejabat. Dikatakan dalam masa lima minit anda menaiki tangga, ia akan mempengaruhi kalori dalam bandan anda. Lakukan setiap hari untuk anda mendapat hasil yang maksima.
3. Berjalan di ruang tamu.
Apabila anda mendapat panggilan telefon, jangan hanya duduk sambil berbual, bual. Sebaliknya, anda cuba untuk berjalan-jalan di ruang tamu. Begitu juga jika anda membaca novel atau menyiapkan kertas kerja. Dengan berjalan sekeliling meja selama lima minit, ia akan dapat membakar sebanyak 50 kalori. Jadi, bagaimana jika anda lakukan selama satu jam? Pasti banyak kalori yang akan terbakar.
4. Menari.
Menari adalah senama yang sangat mempengaruhi berat dan bentuk badan anda. Selain untuk melenturkan badan dan menguatkan otot, tarian dapat membantu membakar banyak kalori. Menurut Nutristrategy, jika seseoarang itu mempunyai berat badan sebanyak 70kg dan menari selama 1 jam 25 minit, ia mampu mengurangkan sebanyak 500 kalori dalam badan.
5. Lompat tali.
Skipping atau lompat tali dapat membuatkan badan anda lebih segar, sekaligus dapat mengecilkan perut yang buncit. Bermain lompat tali selama 50 minit dengan berselang-seli rehat antara 1-2 minit boleh membakar sebanyak 502 kalori. Ini sudah tentu dapat membantu melancarkan turunnya berat badan anda.
6. Tinju.
Anda boleh lakukan senaman ini dengan memukul atau menendang karung tinju selama 70 minit. Cara ini akan membantu anda membakar sebanyak 500 kalori.
7. Berjalan cepat.
Cara ini biasanya dilakukan pada waktu pagi atau malam. Malah, anda boleh lakukan di tempat kerja. Jalan cepat selama 90 minit akan mengurangkan sebanyak 500 kalori. Ingat! Jika anda mempunyai masa seketika, cubalah berjalan-jalan disekeliling pejabat kerana boleh membakar 81 kalori setiap 10 minit.
8. Berlari.
Anda juga perlu berusaha lebih untuk kelihatan kurus. Cuba bangun awal pagi untuk berjoging selama lebih kurang satu jam. Berlari pada waktu pagi dapat membantu mengurangkan sebanyak 531 kalori per 1 jam.
9. Bermain dengan anak.
Ini juga salah satu cara untuk menguruskan badan. Selain menggembirakan buah hati anda, segala lemak dalam badan akan berkurangan ketika anda bermain dnegan anak. Anda boleh mengajak anak bermain bola atau apa-apa sahaja permainan sehingga boleh mengeluarkan peluh. Bermain selama 90 minit akan mengurangkan 500 kalori per hari.
10. Berenang.
Berenang menjadi aktiviti yang menyenangkan. Iaa mampu membakar lebihan kalori per jam tetapi bergantung kepada kemampuan anda. Diaktakan berenang dapat mengurangkan sebanyak 450-950 kalori dalam masa 30 minit.
11. Berbasikal.
Berbasikal bersama pasangan boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan pada hujung minggu. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia membakar 670 kalori dalam 30 minit.
12. Aerobik.
Lakukan secara rutin sekurang-kurangnya 75 minit dalam satu minggu untuk membantu menurunkan berat badan. Sealin itu, ia membantu anda membakar 511 kalori per hari. Walau bagaimanapun, anda juga perlu melakukan gerakan lain dengan menggabungkan latihan beban ringan dan berat.
Mudah bukan? Segalanya hanya terletak pada diri anda sahaja. Jika serius mahu menurunkan berat badan, anda mesti mahu lakukan apa sahaja. Apa tunggu lagi, jom kita sama-sama lakukan aktiviti santai di atas untuk bakar kalori bagi menurunkan berat badan. Semoga entri kali ini memberi manfaat buat anda semua.
No comments:
Post a Comment