Pages

Sunday 13 August 2017

SELAMAT...TERBUKTI...BERKESAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Lama la tak bersiaran kat blog ni kan... ;)

Jadi hari ini anie nak kongsi dengan semua tentang semua produk Shaklee secara umum..

Mulakan langkah pertama untuk kehidupan anda dengan lebih sihat dan lebih panjang bersama SHAKLEE...

Terdapat 4 ciri penjagaan dalam SHAKLEE, iaitu :

  1. Penjagaan NUTRISI.
  2. Penjagaan KESIHATAN.
  3. Penjagaan KECANTIKAN.
  4. Penjagaan RUMAH.


FALSAFAH PRODUK SHAKLEE...

Selama lebih 100 tahun, pelbagai generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang tidak ada syarikat lain berani tampilkan- menghasilkan produk yang selamat secara semulajadi dan terbukti berkesan.

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semulajadi yang sangat luar biasa dan anda sentiasa mahu berkongsi dengan keluarga dan rakan mengenainya. Setiap bahan di dalam setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan lembut serta mesra pada alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.

Ia SELAMAT. Ia TERBUKTI. Ia BERKESAN.



PRODUK SHAKLEE SELAMAT...


Terdapat 8 sebab untuk mempercayai kualiti dan keselamatan produk Shaklee :

Produk yang selamat datangnya daripada bahan- bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.

Bahan- bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat. Apabila anda fikirkan "SHAKLEE", fikirkan "TULEN".

  1. Shakleee menyaring lebih 350 bahan cemar , racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu. Selain itu, Shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
  2. Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produknya selamat digunakan oleh anda sekeluarga.
  4. Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.
  5. Bebas gluten. Produk Shaklee bebas gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif- gluten. Dengan produk bebas gluten, Shaklee mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
  6. Bukan GMO. Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk Shaklee kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.
  7. Terbiodegradasi. Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care Shaklee adalah TERBIODEGRADASI yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita, Bumi lebih sihat sepanjang masa.
  8. Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan.
" Kami percayakan KUALITI, kualiti adalah KEUTAMAAN."
Dr. Forrest C.Shaklee.


PRODUK SHAKLEE TERBUKTI...


Di Shaklee, bukan sekadar menyatakan produk kami berkesan, tetapi kami membuktikannya.

Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semulajadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

  1. Lebih 100 pembentangan dan kertas saintifik diterbitkan. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang uang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih bauk berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.
  2. Telemore. Kajian Telemore menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telemore lebih panjang berbanding pengguna sihat tapa suplemen.
  3. Paten Shaklee. Produk Shaklee mempunyai lebih dari[ada 70 paten dan sedang- dipaten.
  4. Sistem pelepasan berpaten. Sistem pelepasan berpaten dicipta untuk meningkatkan kadar penyerapan nutrien penting dalam tubuh, dengan membekalkan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.
Di Shakleee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee bagi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari peluang dari sains dan alam semulajadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.

Pusat Inovasi Glabal Dr. Forrest C. Shaklee memiliki peralatan saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/ proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 saintis yang berpusat di Pleasanton.

"Inovasi dan sains asalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah sati langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat,"
Roger Barnett
Pengerusi dan CEO
Shaklee Corporation


PRODUK SHAKLEE BERKESAN...


Kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee, satu kajian penanda aras pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee sebuah kajian unggul.

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil multivitamin sama sekali.

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian data silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik penilaian- sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007.

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini.

  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan ynag optimum.
... dan keputusannya amat MENGAGUMKAN!




Penafian : Data ini adalah daripada kajian data silang, dan oleh itu hasil kaitan kajian yang dilaporkan, terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan (iaitu, tekanan darah tinggi dan kencing manis), tidak boleh dianggap sebagai sebab dan akibat.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee boleh klik link di bawah...

No comments:

Post a Comment