Pages

Monday 25 December 2017

TANDA-TANDA DAN GEJALA RADANG SINUS

Kalau entri semalam Anie dah kongsikan tentang apakah sinus dan puncanya  hari ni Anie kongsikan pula tentang tanda-tanda dan gejala-gejala radang sinus ini. Manalah tahu ada di antara anda adalah penghidap radang sinus. Jadi, nanti bolehlah lakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit ini menjadi lebih teruk. Jom sama-sama kita lihat apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit ini.

TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA RADANG SINUS :




Antara tanda dan gejala Radang Sinus termasuklah :

  • Hidung tersumbat.
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Jerawat pada muka.
  • Selesema berpanjangan.
  • Hidung berbau busuk.
  • Demam.
  • Letih dan lesu.
  • Hilang deria rasa dan bau.
  • Batuk teruk pada waktu malam.
  • Anda boleh menggunakan semburan hidung kerana cara ini mampu membersihkan laluan hidung dan membantu memghilangkan kesesakan pada hidung. Doktor boleh memberikan semburan hidung yang mampu merawat inflamasi.
  • Jika anda mengalami sakit atau tekanan pada sinus, doktor mungkin akan memberikan dekongestan iaitu agen yang mengurangkan ataupun melegakan kesesakan pada hidung. Selalunya dekongestan ini hanya diberikan untuk penggunaan jangka masa pendek.
  • Selain ubat yang diberikan oleh doktor, anda juga boleh mendapatkan ubat pelega kesakitan di farmasi seperti acetaminophen dan ibuprogen. Ubat pelega kesakitan ini mampu melegakan sakit kepala dan sakit sinus.
  • Jika kes sinusitis anda adalah teruk dan doktor mengesyaki ia adalah disebabkan okeh bakteria, doktor akan memberikan antibiotik. Adalah penting bagi anda untuk mengambil antibiotik sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor. Anda juga perlu menghabiskan antibiotik yang dibekalkan oleh doktor itu walaupun selepas anda sudah berasa lega.
  • Jika alahan adalah penyebab kepada sinusitis, doktor akan merawat alahan tersebut. Selepas itu, sinusitis itu akan hilang dengan sendirinya.
Sekarang anda semua dah boleh kenali apakah tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh membuatkan anda berpotensi untuk mendapat radang sinus. Bagaimanakah cara untuk mengelakkannya? Anie akan kongsikan dalam entri selepas ini. Semoga dapat membantu dan menambah ilmu pengetahuan semua yang membaca. Jumpa di lain entri ye.

No comments:

Post a Comment