Pages

Tuesday, 15 August 2017

PENAWAR GASTRIK

Assalamualaikum semua...

Kalau entri sebelum ni anie kongsikan tentang tanda- tanda gastrik, hari ni anie nak kongsi tentang penawar gastrik pula...

Penawar gastrik
~~~~~~~~~~~~~

1.     Untuk mencegah gastrik, anda perlu melakukan tiga perkara ini iaitu makan jangan gelojoh, jangan makan selagi perut masih kenyang dan cepat makan bila mula rasa nak lapar – jangan tangguh! Insya Allah, anda tak akan kena sakit gastrik selamanya! Bagusnya penawar gastrik yang ini ialah tidak timbul masalah asid berlebihan dalam badan.

2.     Penawar gastrik yang termudah dan paling murah ialah baking soda. Bila ada rasa pedih ulu hati, bancuh hampir setengah camca rata dalam segelas air dan minum. Jika masih ada sakitnya setelah 20 minit, minum segelas lagi. Jika perlu, ulanglah setiap 20 minit sehingga hilang rasa sakit – mungkin ada tak baiknya kerana ianya ada bahan kimia. Faktanya ialah air baking soda bersifat alkali, gastrik pula kerana asid berlebihan. Peranannya ialah menawarkan asid dalam perut. Bila asid dalam perut jadi makin tawar, hilanglah rasa sakit gastrik. Bila-bila jadi lagi, ulang dengan cara yang serupa. Ketidakselesaan lain mungkin timbul jika ada luka dalam perut.

3.     Bahan penawar gastrik yang terbaik ialah madu lebah. Allah dah bagitahu umat Islam lebih 1400 tahun dulu bahawa MADU LEBAH banyak manfaat untuk manusia (ayat 69 surah An-Nahl). Cuma caranya yang kita kurang pasti. Ikut kata orang tua-tua, minum sesudu waktu nak tidur dan sesudu lagi waktu bangun tidur (subuh). Elok untuk kesihatan secara amnya. 

4.     Ini satu penawar gastrik yang amat mujarab tetapi terlalu bergantung kepada tahap keimanan dan keyakinan pesakit. Caranya ialah baca surah al-Fatihah 3x pada tapak tangan kanan atau dua tapak tangan. Waktu menyebut wa iyya kanas ta’iin, pasang niat minta Allah sembuhkan. Tutup dengan selawat 7x. Tarik nafas panjang kemudian tiup ke tapak tangan dan usap tapak tangan ke perut daripada atas ke bawah 3x. Insya Allah, rasa sakitnya akan hilang dalam beberapa minit saja. Cepat lambatnya tergantung kepada tahap keyakinan waktu itu. Biasanya kurang dari 15 minit dah tak rasa sakit. Sebaiknya, sebelum memulai, pediahlah al-Fatihah sekali kepada Rasulullah. Jika kurang yakin, cara ini tidak akan berkesan!

5.     Antara penawar lain ialah dengan mengamalkan Set Gastrik Shaklee iaitu ESP (Enegizing Soy Protein), Ostematrik dan Peppermint Ginger Plus.




Cara Set Gastrik Shaklee bertindak :

 ESP

Komponen paling penting dalam gastrik iaitu sumber protein yang tinggi untuk pembentukan sel-sel kulit dan dinding usus yang baru untuk meulihkan semula dinding usus yang telah terhakis akibat gastrik. Elakkan pendarahan usus dari berlaku. memelihara ketebalan sel-sel kulit dalaman. Ia juga mempunyai sifat ALKALI yang tinggi yang boleh membantu meneutralkan asid hidrokolik dalam badan. Selain memperbaiki sel dalaman untuk elak gastrik, ia juga membantu memulihkan sel kulit luaran supaya tampil lebih cantik, berseri.

 OSTEMATRIX

Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang sangat tinggi dan mudah diserap. Ia berkepentingan dalam meneutralkan asid yang telah menembusi esphagus dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati. ia juga merupakan kalsium yang mudah diserap oleh badan. Kurangnya kalsium menjadi penyebab utama serangan gastrik. Tak caya? cuba tanya mereka yang sering terkena gastrik ni suka minum susu tak? Berapa kerap minum susu atau ambil makanan yang bersumberkan kalsium. Pasti kurang kan..

 PEPPERMINT-GINGER PLUS

Peppermint-ginger plus ni adalah pudina segar yang juga mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut. Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah kalau terkena agstrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya samaada banyak atau sedikit berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf. Saraf ini begitu dekat dengan jantung dan paru-paru. Jika tidak dirawati, komplikasi lain yang melibatkan jantung dan paru-paru boleh berlaku dan berlakulah simptom seperti sesak nafas dan sebagainya.


Disclaimer: Suplemen dan vitamin adalah pelengkap nutrisi untuk tubuh kita bukanlah ubat sebagai penyembuh penyakit.


Sila klik ️ untuk maklumat lanjut tentang Set Gastrik Shaklee...



No comments:

Post a Comment