Pages

Thursday, 14 December 2017

KAHWIN TANPA ZURIAT, BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA?

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni rasa terpanggil untuk kongsi cerita tentang zuriat selepas pergi bawa Ammar Izzariel check up pagi tadi di tanya "Bila nak tambah nombor dua?". Lumrah kehidupan, perkara biasa yang sering menjadi persoalan apabila meningkat dewasa adalah "Bila nak kahwin?", selepas mendirikan rumahtangga, timbul soalan, "Bila nak dapat anak?". Begitulah seterusnya.

Namun, persoalan sebegitu, kita perlu ingat, kadang-kadang soalan itu boleh mengguris perasaan pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi tentang 'penyeri rumahtangga'. Ketahuilah, tiada pasangan yang berkahwin tidak mahukan zuriat. Rezeki masing-masing, bunting pelamin, tiga bulan kahwin 'terus lekat'. Tidak kurang juga yang sudah berkahwin berbelas tahun tapi masih belum dikurniakan anak.


ELAK SALAHKAN PASANGAN.

Sering kali, tiada zuriat dalam perkahwinan usia yang awal, pasangan akan menyalahkan antara satu sama lain dan mengeluarkan kata-kata kesat dari salah seorang. Perkara menyalahkan di antara satu sama lain tidak sepatutnya berlaku kerana mendapat zuriat bergantung kepada rezeki sesebuah perkahwinan serta kerja keras dalam membina keluarga untuk mendapatkan anak kandung.

Kegagalan mendapatkan zuriat boleh disebabkan beberapa faktor termasuk kesihatan, kegagalan tuan punya badan untuk mengandung serta mempunyai stres yang tinggi. Dalam hal sebegini, kedua-dua pihak hendaklah bersabar dan bekerjasama menyelesaikan masalah dalaman mereka. Pasangan tidak boleh membuat andaian awal kerana ini akan mengecewakan kedua-dua belah pihak untuk mencuba yang terbaik.

JANGAN JEMU UNTUK BERSAMA.

Walaupun belum ada rezeki dikurniakan anak, sekurang-kurangnya pasangan boleh mengisi kekosongan atau kesunyian dengan mengeratkan kasih sayang pasangan. Jangan jemu untuk sering bersama dan janganlah mencari sebab seperti selalu bergaduh di antara satu sama lain dan untuk mencari jalan keluar.

Setiap pasangan hendaklah mengambil kesempatan ini untuk memenuhi kesunyian sambil berkasih sayang. Elakkan berkongsi tentang kesunyian dengan sesiapa, malah mengelakkan dari berbual tentang zuriat. Selain itu, cara lain untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat ialah :
  1. Memperbanyakkan berkomunikasi di antara pasangan.
  2. Jangan membebankan diri dengan cuba memberi jawapan untuk memuaskan hati orang yang bertanya dan yang kita sendiri tidak mampu menjawabnya. Cukuplah sekadar berkata belum dikurniakan rezeki lagi.
  3. Suami isteri hendaklah menghabiskan masa bersama sebaik mungkin dan kurangkan tekanan luar yang sering menimpa mereka.
  4. Sebaik mungkin, pasangan jangan ada idea untuk memulakan sebarang skandal kerana ia akan berlaku tanpa kita mengetahui.
  5. Jangan kita mula menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain serta melabelkan dengan panggilan yang kurang sihat dan inginkan zuriat tetapi tidak mampu.
  6. Jauhkan diri dari memberitahu orang bahawa pasangan mandul dan anda inginkan cahaya mata, teman bermain dan sebagainya.
CARA BERDEPAN DENGAN KELUARGA.

Ada sesetengah pasangan merasa tertekan bila diajukan soalan tentang zuriat. Malah ia adalah soalan biasa dan lumrah segelintir orang sekeliling, iaitu mereka sekadar bertanya sahaja. Hanya di Malaysia sahaja pertanyaan seperti ini berlaku. Di negara barat, soalan seperti zuriat ini adalah soalan peribadi dan mereka menghormati dengan tidak bertanya.

Suami isteri janganlah mengambil jalan pendek disebabkan desakan keluarga atau menyalahkan di antara satu sama lain melainkan kedua-duanya telah diperiksa oleh doktor dan ujian telah dijalankan. Setelah disahkan gagal, barulah pasangan berbincang untuk mengambil anak angkat atau sebagainya. Mertua juga perlu memahami keadaan anak dan menantu serta jangan menambahkan stres seperti memaksa atau menceritakan keburukan anak-anak kepada orang ramai.

Kesimpulannya, pasangan dan mertua jangan memalukan diri dan anak-anak serta keturunan masing-masing dengan menyalahkan sesiapa, terutama sekali menantu mereka. Kehadiran zuriat adalah kententuan Allah untuk rezeki bagi mendapatkan zuriat. Hanya masa dan kehendakNYA sahaja yang boleh memberi jawapan.

CERAI BUKAN ALASAN

Ketiadaan zuriat bukanlah alasan untuk bercerai, berkahwin satu lagi atau mencari skandal. Penceraian disebabkan tiada zuriat adalah pemikiran stereotaip dan konservatif yang terdapat pada pasanagn baru berkahwin.

Malahan, ia adalah pendekatan yang agak pendek sekiranya mengambil tindakan terburu-buru dengan mengambil keputusan untuk berpisah. Selain itu, ia juga dianggap alasan yang paling senang sekiranya pasangan ingin mengeruhkan keadaan dalam apa jua bentuk.

Kemungkinan salah seorang memang tidak mampu menjana zuriat tetapi alasan ini bukanlah kesimpulan atau alasan untuk mencari lain. Cara yang paling baik adalah dengan berjumpa doktor kesihatan dan mendapatkan rawatan terlebih dahulu, Jangan berhenti mencuba!




No comments:

Post a Comment