Pages

Monday, 20 November 2017

KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua...

Berjumpa lagi kita, kali ni anie nak kongsikan tentang tekanan darah tinggi. Bahaya ke darah tinggi ni? Jawapannya BAHAYA kalau tak dikawal dan pandang remeh terhadap perkara ini.

Ya memang MATI tu dah ajal dan takdir Allah tapi nikmatilah nikmat SIHAT yang Allah beri itu sebaiknya. Jangan disia-siakan.

19 November 2017 jam lebih kurang 10.29 malam, anie dikejutkan dengan berita pemergian sepupu suami anie. 16 November 2017, kami dapat berita bahawa arwah jatuh di pintu bilik air dan terus koma sehinggalah malam semalam. Doktor sahkan arwah mengalami tekanan darah tinggi sehingga menyebabkan terdapat darah beku di kepala. Selepas buat pembedahan, masih lagi koma dan doktor beritahu bahawa otak dan sarafnya tidak lagi berfungsi. Allahu. Kami yang dengar pon sangat sedih inikan isterinya. Berat sungguh ujian buatmu akak. Semoga roh arwah Abang Fahmy ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aaamminnn...

Peristiswa sedih ini menyebabkan anie ingin berkongsi dengan semua tentang cara mengawal tekanan darah tinggi.


Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat daripada timbunan lemak pada dinding-dinding (atherosclerosis), sering dikaitkan dengan kolestrol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan “chronic inflammation”.


Apabila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting.

Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala kesihatan.

CARA KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI :

1. Kawal berat badan. 

Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan-makanan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan-makanan bergoreng, bersantan, kuih-muih manis, coklat. Jauhkan air minuman soda. Kurangkan makan daging merah - lembu dan kambing.

2. Lakukan senaman 30 minit setiap hari.

Senaman meningkatkan aliran darah kepada tisu-tisu dan organ. Disamping menurunkan kolestrol dan gula dalam darah, senaman juga mencetuskan keluarnya endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.

3. Kawal stress.

Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan “deep breathing exercises”, yoga.

4. Makanan-makanan yang mengandungi vitamin C, beta carotene, flavonoid, antioxidant boleh bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat “chronic inflammation” dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu.

Sayuran hijau seperti bayam, sawi, ulam-ulaman - ulam raja, sambung nyawa, pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolestrol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser. Buah-buahan- mangga, tembikai, keledek merah, lobak, berries.


5. Amalkan minum jus lemon, limau nipis, limau kasturi, anggur khususnya selepas makan daging.

Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti “inflammatory”. Juga amalkan minum teh halia dan teh hijau, kedua-dua mengandungi bahan antioksidan dan anti “inflammatory”.

6. Minyak ikan, minyak kelapa dara, “extra virgin olive oil”. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti “inflammatory” juga elok diamalkan.

Pemakanan sangatlah mempengaruhi masalah kesihatan sekarang ni. Jadi pemilihan makanan yang betul sangatlah dititikberatkan supaya kekal sihat. Semoga anda yang baca entri ni sentiasa diberikan kesihatan yang sihat okeh Allah. Aaamminnn...

Jumpa lagi di lain entri... ❤️ uols...

No comments:

Post a Comment