Pages

Tuesday 21 November 2017

BAHAYAKAH BATU KARANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Uols selalu tahan kencing tak? Kalau selalu, jangan amalkan okay. BAHAYA!!!
Sebab lama-kelamaan boleh menjadi BATU KARANG.
Selain itu, terdapat juga beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya batu karang  Jom teruskan membaca lagi.

APA ITU BATU KARANG?


  • Air kencing terbentuk di dalam buah pinggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan.
  • Batu karang boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.
  • Di Malaysia, batu karang biasa ditemui dibahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 5%-18% di Negara Barat.
BAGAIMANA BATU KARANG TERBENTUK?



  • Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada sesetengah kes ia tidak berfungsi.
  • Kepekatan air kencing yang tinggi ini boleh terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehidrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing.
  • Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang.
  • Terdapat beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan crystine. Batu struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid urik dan batu jangkitan biasa ditemui.
Apakah tanda-tanda sekiranya anda mengalami batu karang? Klik sini untuk tahu lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment