Pages

Thursday, 23 November 2017

PENYEBAB BATU KARANG.

Assalamualaikum.. Hai semua..

Entri hari ni anie nak kongsikan tentang penyebab penyakit batu karang ini. Apabila sudah tahu jom kita sama-sama jauhi perkara sebegini.



PENYEBAB BATU KARANG.
  1. Kurang minum air.
  • Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.
    2.  Sejarah keluarga atau diri sendiri.
  • Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah masalh pemakanan yang sama dalam keluarga seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Penyakit batu karang ini juga boleh terjadi berulang-ulang kali.
    3.  Umur.
  • Kes batu karang paling tinggi dalam kalangan orang yang berusia 20 hingga 70 tahun.
   4. Jantina.
  • Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang daripada wanita.
   5. Penyakit lain.
  • Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelenjar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).
   6.  Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbang dengan kalsium dan magnesium. Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutamanya mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon).

   7.  Kesan sampingan ubat.
  • Ubat-ubatan seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.
   8.  Pemakanan.
  • Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu, alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.
   9.  Kurang aktif
  • Individu yang kurang aktif atau terlantar adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.   


No comments:

Post a Comment