Pages

Monday, 11 December 2017

7 TIPS SYOK BERCUTI TANPA MENAIKKAN BERAT BADAN

Bagi anda yang sedang menjalani program diet, tentu sukar untuk anda membuat keputusan tempat yang ingin anda bercuti. Maklum sajalah dugaan di negeri orang ingin sekali menikmati hidangan yang belum pernah anda cuba. Malah, saat bercuti juga akan membuatkan pola makan anda tidak teratur, sukar dijaga dan boleh menyebabkan berat badan naik secara mendadak.

Jom ikuti 7 tips ini supaya anda seronok bercuti tanpa risau tentang berat badan naik mendadak.


  1. Jauhi menu yang pelbagai. Apabila anda berada di luar negara atau bandar lain, anda kerap makan di restoran dan memesan pelbagai menu. Jadi, pesanlah makanan yang tinggi protein dan rendah lemak agar badan tetap sihat. Manakala untuk minuman, pesanlah dalam jumlah yang kecil dan tidak perlu tambah gula  serta pilih latte yang rendah lemak.
  2. Elak kekerapan ke restoran. Ketika bercuti, banyak masa dihabiskan di restoran. Singgah sana, singgah sini. Inilah yang boleh menaikkan berat badan. Jadi, kurangkan makan di restoran. Jika berkeinginan juga, pesanlah air lemon atau jus buah agar anda tidak makan terlalu banyak hidangan utama.
  3. Snek sihat. Sediakan snek sihat rendah kalori seperti buah atau coklat bar yang rendah kalori dalam beg tangan. Selain untuk kudapan, ia juga membantu anda menahan lapar.
  4. Lapan gelas air sehari. Minumlah air putih secukupnya atau sebanyak lapan gelas sehari untuk kesihatan dan mengelak dari mengambil makanan yang berlebihan. Minum air yang secukupnya membolehkan anda tidak terlalu banyak mengunyah.
  5. Bersenam. Bawalah baju dan kasut sukan walaupun anda bercuti. Ambillah masa pada waktu pagi di gimnasium hotel, kolam renang atau berjoging di taman sebelum anda memulakan aktiviti lain.
  6. Makan salad. Saat anda berada di restoran, pesanlah salad sebagai hidangan pembuka. Ini untuk mengurangkan pengambilan kerepek kentang atau roti yang berkalori tinggi.
  7. Sesuaikan makan anda. Ketika berada di restoran, anda boleh memesan makanan yang sesuai dengan keinginan anda. Jauhkan dari makanan yang mengandungi mentega atau banyak lemak.

No comments:

Post a Comment