Pages

Wednesday, 13 December 2017

DAUN PUDINA BERKHASIAT BANTU TUBUH SIHAT

Kenal tak daun pudina? Kalau tak kenal meh anie kenalkan ye. Pudina atau dikenali juga dengan nama ‘mint’ telah digunakan secara meluas untuk tujuan penghasilan produk komersial, masakan dan ubatan. Ia berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha.


Terdapat lebih kurang 30 jenis variasi pudina. Ini termasuklah peppermint, spearmint, applemint,watermint, horsemint, pineapple mint, orange mint dan pennyroyal.

Peppermint adalah spesies yang popular dalam keluarga pudina dan banyak dijumpai dalm ubat gigi, gula-gula getah, ubat kumur, sabun, gula-gula, krim sapu dan ubat batuk. Pennyroyal pula jenis beracun jika dimakan tetapi boleh dijadikan sebagai ubat sapu pada kulit bagi mengelak gigitan serangga.

Pudina terkenal juga sebagai tumbuhan yang berkhasiat, pudina dikatakan mengandungi sejumlah vitamin dan mineral yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh. 

  1. Kaya Vitamin dan Mineral baik untuk tubuh : Pudina kaya dengan vitamin C dan sejumlah kecil vitamin B2. Vitamin C adalah antioksidan penting dan dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah kanser seperti kolon dan rektum. Walaupun diambil dalam jumlah yang kecil, namun khasiatnya masih lagi berguna kepada kesihatan seseorang. Pudina juga mengandungi sejumlah mineral asas seperti mangan, tembaga, besi, kalium dan kalsium.
  2. Membantu melegakan masalah sistem pernafasan : Bahan sebatian kimia menthol yang dijumpai dalm minyak pudina dikatakan terkenal sebagai pelega masalah sistem pernafasan dan paru-paru. Ia juga dikatakan mampu melegakan gejala-gejala demam, selsema dan pelega alahan hidung.
  3. Membantu melegakan masalah pencernaan : Jika digunakan untuk tujuan perubatan, pudina dikatakan boleh digunakan untuk membantu pencernaan dan melegakan masalah penghadaman. Jika seseorang itu menderita masalah penghadaman dengan kerap, dikatakan dengan meminum secawan teh daun pudina selepas makan mampu melegakan masalah tersebut. Ini kerana daun pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  4. Kurangkan pedih hati : Bukan itu sahaja, dikatakan pudina terbukti mampu melegakan pelbagai masalah kesihatan lain. Antaranya pudina mampu melegakan gejala-gejala pedih ulu hati dan sindrom usus rengsa dengan cara melegakan otot-otot dalam dan sekeliling usus.
  5. Legakan lenguh-lenguh otot : Khasiat pudina juga dikatakan mampu melegakan kesakitan dan lenguh-lenguh otot dan kekejangan. Pudina jenis Moroccan (Menthaspicata) adalah di antara yang dikenal pasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot.
  6. Hilangkan bau mulut busuk : Sifat semulajadi menthol adalah sebagai antibakteria dan antimikrob mampu melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan. Ini termasuklah kerosakan pada gusi dan gigi. Apabila gusi dan gigi sihat mampu membantu mulut bersih dan tidak berbau busuk. Anda boleh mengunyah daun pudina bagi membantu mulut anda bersih dan berbau wangi.
  7. Baik untuk masalah kulit : Daun pudina yang telah dihancurkan jika ditampal pada kulit yang terbakar ringan, kegatalan dan masalah kulit dikatakan mampu melegakan serta menyejukkan bahagian yang mengalami masalah tersebut.
Jom perbanyakkan makan pudina, kalau susah nak cari daun pudina, meh klik sini untuk dapatkan tablet pudina yang mudah untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment