Pages

Saturday 16 December 2017

5 TIPS KEKAL SIHAT UNTUK LELAKI MODEN

Kesibukan dan aktiviti harian yang cukup padat membuatkan lelaki mengeluarkan tenaga dan stamina maksimum. Namun, tanpa tenaga yang maksimum, segala kerja mahupun aktiviti harian tidak mampu dilakukan. Ada cara yang boleh membantu kaum Adam untuk mendapatkan tenaga dan kekal sihat sepanjang hari.


  1. Sarapan Menu Pembakar.

Pengambilan oatmeal adalah salah satu cara yang boleh melonjakkan tenaga badan lelaki. Oatmeal mengandungi serat untuk tenaga dan vitamin B yang membantu menurunkan stres. Gandingkan oatmeal bersama jus oren. Kandungan vitamin C dalam oren akan menghasilkan serotonin-hormon yang merangsang mood dan nafsu makan.

   2.  Berjemur di bawah Cahaya Matahari.


Biasakan diri anda terdedah kepada cahaya matahari setiap pagi. Sudah memadai dengan hanya 15 minit sahaja. Dengan sinaran matahari, ia akan mengaktifkan vitamin D yang dihasilkan oleh badan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

   3.  Nikmati Kopi.


Minum kopi sebelum bersenam dapat mengurangkan keletihan selepas bersenam sebanyak 60%. Menurut penelitian di Amerika, kandungan kafein akan merangsang penghasilan adrenalin, seterusnya meningkatkan aliran darah semasa bersenam. Selain pengambilan kafein, kaum Adam juga perlu mengambil karbohidrat dan jumlah yang mencukupi untuk memberikan tambahan tenaga selama bersenam.

  4.  Jaga Suhu Badan.



Apabila prestasi otak kaum Adam menurun atau dengan kata lain, letih dan penat, badan mula terasa panas. Oleh itu, cubalah untuk lakukan sesuatu dengan rehat seketika. Jangan sesekali mengambil makanan jenis karbohidrat terlalu banyak.

  5.  Curi Masa untuk Bersenam.


Walaupun sesibuk mana dalam kerja-kerja seharian, cubalah untuk sempatkan diri dengan bersenam. Tidak perlu untuk mengambil masa berjam-jam untuk bersenam. Cukuplah dengan hanya setengah jam dan pilihlah senaman yang disukai dan sesuai dengan keadaan diri. Lakukan secara teratur supaya badan dapat mengikut ritma aktiviti seharian.

No comments:

Post a Comment