Pages

Friday, 15 December 2017

ISTERI STRES, APAKAH TINDAKAN SUAMI?

Stres kadang-kadang membuatkan wanita atau isteri tidak mampu berfikir secara waras. Oleh itu, suami seharusnya mengenalpasti tanda-tanda samada seseorang isteri itu mengalami stres, cemburu tidak tentu pasal atau sensitif.



KENALPASTI MASALAH
  • Sebagai insan pendamping terdekat, anda tidak suka seharusnya cepat melatah dan larut dengan kemarahannya. Sebaliknya anda cuba mencari penyelesaian dan atasi punca yang membuatkan wanita di samping anda berasa tertekan. Setelah mengetahui punca sebenar, barulah anda dapat mencari apakah penyelesaian yang terbaik untuk menjernihkan hubungan kalian berdua.
JANGAN TERJEBAK
  • Apabila isteri mula mengalami tekanan dan stres, cuba jarakkan diri anda buat seketika. Berikan dirinya masa untuk bertenang sekiranya anda tidak mahu menjadi mangsa kemarahannya kelak. Kebiasaannya tanda-tanda stres isteri ini secara tidak langsung menyebabkan suami juga bakal mengalami tekanan yang sama kerana memikirkan masalah yang telah membelenggu hubungan mereka.
BERTINDAK BIJAK
  • Menjadi seorang suami bukanlah satu tugas yang mudah. Selain bijak menguruskan emosi sendiri, suami juga perlu bijak memainkan peranannya dalam mengawal tekanan seorang isteri. Sebagai lelaki, cubalah anda mempositifkan diri dan mengambil tindakan yang paling berkesan dalam membantu isteri mengurangkan stres.
SALURKAN AURA POSITIF
  • Sememangnya lumrah seseorang wanita suka dibelai, suka bercerita dan gemar dibawa berjalan-jalan atau melancong. Hati mereka pasti melonjak bahagia apabila dibelikan sesuatu kesukaannya. Pastikan sebagai pasangan, anda tahu kesukaan dan kehendak isteri, jadi anda tigaka kaan tersalah arah. Berikan kata-kata pujian apabila isteri anda melakukan sesuatu pada anda sebagai tanda penghargaan.
JANGAN MENCETUSKAN TEKANAN
  • Langkah paling bijak dalam meedakan tekanan isteri adalah dengan cara mengelakkan diri anda daripada berbuat tindakan yang bakal menambah stres isteri seperti menyebut kesalahannya, tinggalkannya bersendirian, memberi "ceramah" atau "tazkirah" yang tidak digemarinya. Elak melakukan perkara-perkara ini kerana boleh mengundang isteri anda untuk marah.
CARI RUANG MENEGUR
  • Biarpun kadang-kadang sikap isteri buat anda bengkak hati, cubalah bermanis muka dan meraikan sementara apa yang dilakukan isteri walaupun itu bukan tindakan terbaik. Sejujurnya untuk menjernihkan hubungan suami isteri, cubalah bahagiakan diri agar si dia hilang stres. Di kala mood dia ceria dan tiada stres, inilah waktu terbaik untuk menegur. Percayalah isteri anda akan lebih mudah menerima dan mendengar.
MENJADI PENDENGAR
  • Sebagai suami, bukan hanya bertindak sebagai pemimpin keluarga dan setiap ahli keluarga hanya perlu mendengar arahan atau permintaan suami semata-mata, sebaiknya anda haruslah menjadi pendengar dan peneman setia. Paling tidak, sikap anda lebih menyejukkan hatinya dan mudah melupakan stres yang dialami.
MEMBACA AL-QURAN
  • Di samping itu, sebagai umat Islam, inilah masa terbaik untuk anda memperbanyakkan masa untuk membaca Al-Quran dan berdoa supaya rahmat turun seterusnya menenangkan keadaan yang tegang. Tetapi janganlah pula suami membaca Al-Quran di hadapan isteri, takut nanti timbul pula salah faham.
Selain daripada melakukan perkara-perkara di atas, anie juga nak cadangkan makanan tambahan yang boleh membantu mengawal  dan membaiki stres.


  1. B-Complex : Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  2. Omega Guard : Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam minyak ikan mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuklah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.
  3. Ostematrix : Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, stres, memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

No comments:

Post a Comment