Pages

Saturday 30 December 2017

KENALI APA ITU SENGGUGUT DAN SIMPTOMNYA.

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni Anie nak kongsikan entri berkaitan dengan wanita tetapi kaum lelaki juga boleh ambil tahu. Pernah dengar senggugut? Apa ye senggugut tu sebenarnya? Macamana rasanya? Jom kita baca sampai habis ye.

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoricdisorder / dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.



Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut kedua disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

SIMPTOM-SIMPTOM SENGGUGUT.

Senang sosial harian. Simptom utamanya ialah muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid adalah mengganggu. Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuklah :
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation).
  • perasaan tegang atau resah.
  • serangan panik.
  • perubahan perasaan, menangis.
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal.
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan.
  • sukar menumpu perhatian.
  • lesu.
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan.
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia.
  • perasaan "luar kawalan".
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual.
  • peningkatan rasa bagi intim emosi.
  • simptom fizikal: kembung, degupan jantung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot.
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid. Kalau uols nak tahu, Anie adalah salah seorang daripada yang menghidapi PMDD. Kalau dulu setiap bulan mesti akan MC. Sekarang, alhamdulillah tak lagi. Nak tahu apa rahsianya? Tunggu. Nanti Anie share dalam entri lain ye.

No comments:

Post a Comment