Pages

Wednesday 17 January 2018

PENGALAMAN PERTAMA BERKUNJUNG KE SHAKLEE HOME OFFICE.

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya lama la blog ni bersawang. Lama betul bercuti ye anie! Jadi hari ini anie nak kongsi dengan semua tentang pengalaman anie semasa dapat berkunjung ke Shaklee Home Office (SHO). Kalau semua nak tahu, SHO ni sebenarnya dah lama buka, dari tahun lepas lagi tapi baru tahun ni anie ada rezeki untuk ke sana. SHO terletak di Home Office Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Nak dijadikan cerita, semasa pembukaan SHO ni dulu adalah sama tarikh dengan Majlis Shaklee National Convention. Masa tu, upline anie, Mami Mia salah taip lokasi SHO tu. Sepatutnya Sunway Geo tapi Mami Mia tertaip Sunway Neo. Puaslah anie google maps ke sana tak juga jumpa.hahaha

Jadi, pada tanggal 2 Januari 2018 yang lalu, Leader dalam GMF, Kak Su pelawa anie untuk pergi ke SHO. Kebetulan anie cuti pada tarikh tu, apa lagi dengan penuh excited terus setuju je dengan pelawaan Kak Su. Sebelum sampai ke SHO, kami singgah dulu di Kedai Nasi Ayam Supervisor Shaklee, Kak Rozi. Seronok je dengar orang dapat naik rank ni. Anie memang dah lama mengidam nak naik rank tapi masih belum berjaya juga. Sambil makan nasi ayam hainan yang sedap tu, anie pon cakap "nak ambil aura orang hebat ni, semoga bulan ni anie pula berjaya naik rank Supervisor!" Ya Allah permudahkanlah jalanku. Kawan-kawan doakan ye.

Nasi Ayam Hainan yang sangat sedap!

Alhamdulillah, perjalanan kami ke SHO dipermudahkan Allah. Senang je nak cari parking. tiba je kat sana, perasaan teruja tu hanya Allah je tahu Apa lagi, terus je live kat FB. Kalau nak tahu tu juga kali pertama anie buat live kat FB. hahaha. Berjaya pecahkan tembok untuk berani buat live. Seronok sangat tau duk ambil-ambil barang masuk bakul. Lepas tu terus je bayar di kaunter tapi make sure uols mesti dah daftar ahli dan miliki nombor keahlian. Kalau tidak anda tidak layak untuk membuat pembelian di SHO. Selesai je bayar semuanya tengok resit, eh UV anie dah melayakkan dapat bonus la. Baru 2hb anie dah berjaya pecahkan telur. Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga Allah sentiasa mendatangkan rezeki yang melimpah ruah buat anie dan sahabat-sahabat semua. Aaamminnnn.

Bila sekali dah berkunjung ke SHO ni hari-hari rasa nak datang. Dua hari lepas baru je ajak encik suami dan ammar izzariel teman anie ke SHO ni. Harap lepas ni boleh selalu ke sana. Boleh ambil aura Master-master yang selalu berkunjung ke sana. Diaorang kalau shopping, berkotak-kotak tau barangnya. Allahu, seronoknya tengok. Semoga anie juga mampu untuk berjaya macam diaorang semua. Aaamminnn.




No comments:

Post a Comment