Pages

Thursday 18 January 2018

ASID LEMAK OMEGA-3 LEMAK SIHAT BAIK UNTUK ANDA!

Assalamualaikum semua. Hari ini anie nak share dengan semua tentang asid lemak omega-3 merupakan lemak sihat yang baik untuk semua orang termasuklah anda. Asid lemak omega-3 adalah lemak yang shiat atau'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji scara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan.

 

  1.  KESIHATAN JANTUNG.



Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradanagn boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :

  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolestrol) dan tekanan darah.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.

2. FUNGSI OTAK.



Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandung 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk :
  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat antara saraf.
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
  • Memberikan kesan penuaan sihat, di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyayuk.

3. KESIHATAN SENDI.



EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam :
  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
  • Mengurangkan dan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis.
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.

4. KEHAMILAN.



Asid lemak omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehinggalah penyusuan susu ibu.

Selepas bayi dilahirkan, omega-3 menyokong :
  • Perkembanagan otak dan fungsi imun.
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
  • Perkembangan otak, mata dan saraf janin.
  • DHA adalah komponen u ntama retina yang penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi sihat.
Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunkan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Walaupun omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000 mg minyak ikan sehari.

Boleh hubungi Anie untuk maklumat lanjut.
Anie 013-9570123

No comments:

Post a Comment