Pages

Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts

Thursday, 29 March 2018

8 TIPS PENTING BUAT IBU MENYUSU

Walaupun proses menyusu badan nampak begitu semulajadi dan mudah, sebenarnya ia adalah sebuah cabaran besar yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu. Untuk membantu memudahkan anda melalui perjalanan menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama seperti yang disyorkan oleh doktor, ketahui 7 tips ini.


  1. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Selepas bayi selamat dilahirkan, biasanya doktor atau jururawat akan memberi peluang untuk anda memegang bayi buat seketika. Walaupun anda terlalu letih ketika ini, jangan sia-siakan peluang ini untuk berhubung dengan bayi.
Menurut kajian sebuah jurnal, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu. Anda boleh juga cuba menyusukan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi anda tidak perlu risau jika susu anda masih belum keluar ketika itu.


  2. CARI POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, anda tidak perlu begitu risau jika susu yang dihasilkan belum begitu banyak. Susu kolostrum ini penuh dengan khasiat dan imuniti yang sangat menakjubkan buat kesihatan bayi sehingga ia dikenali sebagai ‘titisan emas’.
Pada awalnya, anda akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Namun, jangan berputus asa. Fokuskan kepada cara menyusu badan yang betul dengan bereksperimen beberapa posisi sehinggalah anda berasa selesa.


 3. PAKAI PAKAIAN SELESA

Salah satu trik untuk mendapatkan cara menyusu badan yang selesa adalah dengan memastikan anda berdua dalam keadaan selesa.
Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai, duduk di tempat yang selesa, dan pastikan anda sudah menyediakan bra menyusu seawal mungkin untuk membantu memudahkan penyusuan.


4. MENGENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR

Seeloknya, cuba kenalpasti tanda bayi anda lapar supaya anda dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Oleh itu, perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah respon terhadap rengekannya.


5. PRAKTIS MENGEPAM


Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara anda daripada bengkak atau tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.
Jadi, tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika anda bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk anda menggunakannya nanti.


6. MASALAH PUTING MELECET

Masalah puting melecet bukan saja dialami oleh ibu yang baru, tetapi juga ibu yang sudah berpengalaman. Ia boleh berpunca daripada masalah lekapan yang tidak elok, atau gigitan oleh bayi yang sedang tumbuh gigi.

Hampir kesemua ibu yang menyusu akan mengalami masalah ini. Oleh itu, anda bukanlah keseorangan. Cuba dapatkan krim yang sesuai untuk membantu melegakan kesakitan anda dan seeloknya teruskan menyusu bayi. Jika terlalu sakit, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi menggunakan susu perahan.


7. ‘NIPPLE CONFUSION’

Waktu yang elok untuk anda melatih bayi menggunakan puting tiruan atau botol susu pada usia sekitar 4-6 minggu, atau 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Jika anda memperkenalkan botol susu terlalu awal, dikhuatiri bayi akan keliru terhadap puting dan sukar untuk belajar melekap dengan betul pada payudara. Akibatnya, ada bayi yang langsung tidak mahu menyusu badan apabila telah selesa dengan puting tiruan.


8. KEKALKAN DIET SEIMBANG

Sebelum anda bercadang untuk mengambil apa-apa suplemen, kekalkan diet seimbang dan minumlah banyak air kosong setiap hari.

Lebih elok, amalkan meminum segelas air sebelum dan selepas menyusu badan. Selain memberi tenaga, ia membantu anda untuk memproduksikan susu yang mencukupi buat bayi. Selain itu, lakukan perahan atau ‘power pumping’ dengan kerap untuk mengekalkan produksi susu badan anda setiap hari.


Semoga memberi manfaat buat ibu menyusu semua.

Friday, 10 November 2017

6 KEBURUKAN ESP

Assalamualaikum uols...

Hari ni anie nak kongsi tentang ESP.


Kalau uols rajin tengok FB anie (Nurainy Md Jali), hari-hari mesti anie bersarapan dengan ESP. Ada yang tak tahu lagi ESP tu apa? ESP tu protien, biasanya anie akan minum ESP saja atau shake dengan macam-macam air lain. Sedap tau.. yummy 😋..

Nanti anie dalam entri lain anie kongsi resepi ESP pulak ye...

Kalau uols nak tahu, anie perasan sepanjang anie amalkan ESP ni macam-macam “keburukan” yang anie dapat. Nak tahu?? Jom baca sampai habis...

  1.  Untuk orang yang malas, bila minum ESP ni badan akan bertenaga. Tak dapat nak bermalas-malas lagi. Jadi kena terus bangun dan rajin buat kerja.
  2.  Bagi yang tak suka kawal nafsu makan, bila minum ESP ni nafsu makan terkawal sendiri. Tak dapat nak makan ikut nafsu dah. Anda teringin nak makan menu sedap kat restoran tu tapi sebab dah terkenyang dengan ESP, terus tak dapat join kawan-kawan yang nak pergi lunch di restoran itu.
  3.  Jerawat dan kulit kusam akan nyah dari muka pengamal ESP ni. Habislah takde lagi aktiviti kutil jerawat. Salah satu hobi anda ini terpaksa tak dapat buat lagi.
  4.  Ibu mengandung yang letih-letih, melepek sepanjang hari tak dapat nak melepek lagi lepas minum ESP ni. Ibu mengandung yang tak berpuasa pada bulan Ramadhan sebab tak larat pun tak boleh nak cuti daripada berpuasa sebab takde alasan untuk tidak berpuasa lagi.
  5.  Berita buruk untuk strech mark!! Habislah pudar strech mark nanti lepas makan ESP. Jauhkan ESP dari Vitamin C tau. Nanti lebih buruk kesan dia. Habislah licin kulit perut nanti! Dua-dua kombinasi ni memang musuh utama stretch mark.
  6.  Ibu-ibu BF yang mengepam susu di tempat kerja mungkin kena bawak lebih banyak botol kosong dalam beg pam sebab nanti takut terlebih supply secara tak sengaja. Mungkin sebab perut lebih kenyang dan badan lebih bertenaga. Jadinya susunya lebih meriah & beg bertambah penuh dan berat. Inilah kejayaan terbesar bagi anie sebab berjaya fully bf Ammar Izzariel hingga 2 tahun.

ESP adalah pujaan hati anie...hehe
Tu la sebab hari-hari memang mesti minum ESP. 




Nak ESP? Boleh dapatkan dari anie di talian 0139570123.