Pages

Showing posts with label senggugut. Show all posts
Showing posts with label senggugut. Show all posts

Saturday, 10 February 2018

3 SUMBER VITAMIN YANG MAMPU MELEGAKAN SENGGUGUT.

Senggugut, kepada kaum Hawa, inilah salah satu perkara yang sering menghantui mereka pada setiap bulan. Begitu jugalah dengan anie. Sampai satu tahap, setiap kali “datang bulan” mesti kena pergi klinik ambil MC. Tapi alhamdulillah, selepas konsisten amalkan 3 vitamin ni senggugut dah semakin berkurangan.



FUNGSI SET SENGGUGUT :


  • GLA-complex
Wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA : pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
  • OsteMatrix
Sebelum kitaran haid bermula, paras kalsium akan menurun, menyebabkan gangguan emosi. Pengambilan kalsium tambahan dapat menyeimbangkan kembali emosi yang tidak stabil.
  • B-complex
Vitamin B5, B6, B12 sangat berkesan untuk merawat dan mengurangkan simptom senggugut.

Testimoni Set Senggugut:




Sunday, 31 December 2017

CARA ATASI DAN MELEGAKAN SENGGUGUT YANG TERUK

Assalamualaikum dan hai semua. Masih lagi bercerita tentang masalah senggugut seperti entri semalam, hari ini Anie nak kongsikan apakah yang Anie amalkan bagi mengurangkan senggugut yang teruk. Selain mengalami senggugut yang teruk, Anie juga alami “heavy flow” semasa datang bulan. 



Apakah yang Anie amalkan bagi mengurangkan dan melegakan sakit senggugut? Jom kita teruskan membaca. Selepas meng”google” , Anie jumpa ‘SET SENGGUGUT SHAKLEE’. Jadi, kebetulan ada kakak di pejabat Anie bekerja ada jual produk Shaklee, Anie pon terus order dengan dia. Alhamdulillah belum habis semua produk yang ada dalam set itu, sudah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. 

SET SENGGUGUT SHAKLEE



  1. GLA Complex
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

     2.  Ostematrix

  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. 
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. 
  • Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


     3. Shaklee B-complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5         (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
Justeru, kepada wanita di luar sana yang mengalami senggugut ketika datang bulan, bolehlah mencuba set ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Saturday, 30 December 2017

KENALI APA ITU SENGGUGUT DAN SIMPTOMNYA.

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni Anie nak kongsikan entri berkaitan dengan wanita tetapi kaum lelaki juga boleh ambil tahu. Pernah dengar senggugut? Apa ye senggugut tu sebenarnya? Macamana rasanya? Jom kita baca sampai habis ye.

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoricdisorder / dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.



Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut kedua disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

SIMPTOM-SIMPTOM SENGGUGUT.

Senang sosial harian. Simptom utamanya ialah muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid adalah mengganggu. Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuklah :
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation).
  • perasaan tegang atau resah.
  • serangan panik.
  • perubahan perasaan, menangis.
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal.
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan.
  • sukar menumpu perhatian.
  • lesu.
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan.
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia.
  • perasaan "luar kawalan".
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual.
  • peningkatan rasa bagi intim emosi.
  • simptom fizikal: kembung, degupan jantung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot.
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid. Kalau uols nak tahu, Anie adalah salah seorang daripada yang menghidapi PMDD. Kalau dulu setiap bulan mesti akan MC. Sekarang, alhamdulillah tak lagi. Nak tahu apa rahsianya? Tunggu. Nanti Anie share dalam entri lain ye.