Pages

Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Thursday, 21 December 2017

KEISTIMEWAAN VIVIX MEMBAWA KEPADA PENUAAN YANG SIHAT

Assalamualaikum dan hai semua.

Anie selalu cerita pasal Vivix, Vivix tu apa ye? Okay hari ni Anie nak berkongsi dengan semua apakah Vivix dan kebaikannya. Vivix merupakan minuman botani yang lazat, mengandungi campuran botani khas termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Vivix merupakan produk anti penuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, mempunyai 5 hak paten, sangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular.
Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar. Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi Kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.


Keistimewaan VIVIX.



Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine, salah satu buah-buahan semulajadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Shaklee memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Tubuh yang sihat bermula dengan kesihatan sel-sel tunggal itu sendiri. Makanan yang diambil untuk sel-sel ini akan menetukan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan serta memberi kesan yang dramatik apabila usia anda meningkat.

Walau bagaimanapun, sel-sel anda akan terus mengalami kerosakan akibat pendedahan persekitaran harian, tekanan bahkan melalui makanan yang menghasilkan radikal-radikal bebas. Radikal-radikal bebas ini memberikan kesan buruk bagi tubuh dan menyebabkan sel-sel kita menjadi semakin lemah dan tidak berfungsi, seterusnya menyebabkan tindak balas keradangan yang boleh menyumbang kepada penuaan selular.


Penyelesaian untuk mencegah penuaan selular.



Resveratrol dan polifenol telah terbukti berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik untuk melambatkan proses penuaan di peringkat selular. Polifenol adalah sekumpulan fitokimia yang terdapat pada tumbuhan dan buah-buahan yang memberi mereka warna serta pada masa yang sama melindunginya daripada penyakit. Malah, penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa proses penuaan dan menyebabkan jangka hayat yang lebih lama dan sihat.

Apakah Telomere?

Telemore adalah penanda aras biologi penuaan. Ia boleh menjadi kunci kepada penuaan dan kanser. Telemore juga adalah topi pelindungan daripada DNA. Panjang telemore merupakan faktor peramal untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Di dalam sel kita ada nukleus, gen kita terletak di dalam molekul berpintal DNA disebut sebagai kromosom. Di hujung kromosom DNA kita ada pelindung yang disebut sebagai telomere. Ia melindungi data genetik kita, dimana ia boleh membahagi dan memegang maklumat bagaimana kita menjadi tua, bagaimana kita mendapat kanser dan sebagainya.

Umpama hujung cap plastik pada tali kasut, telomeres menghalang kromosom daripada melekat antara satu sama lain yang mana maklumat genetik kita akan bercampur gaul menyebabkan kemungkinan kanser, penyakit kronik dan kematian.

Setiap kali sel membahagi, telomeres menjadi lebih pendek. Apabila telomere mendapat terlalu pendek, sel tidak lagi boleh membahagi dan menjadi tidak aktif atau “uzur” atau mati. Proses ini berkaitan dengan penuaan, kanser dan risiko kematian yang lebih tinggi.


Keupayaan Polifenol.




Kajian makmal mencadangkan bahawa campuran polifenol terhadap 4 bahan ini boleh :

  • Membantu sel-sel anda melindungi DNA dan membaiki DNA serta memerangi radikal bebas, memastikan sel-sel akan sentiasa sihat.

  • Mengoptimumkan prestasi sel dengan melambatkan pembentukan protien AGE (Advanced Glycation End-Product). Protein AGE dikenali sebagai penyebab kepada sikap tidak bertoleransi glukosa dan penuaan selular.

  • Meningkatkan tenaga selular, membantu memperbaharui dan menyegarkan semula sel anda.

  • Meningkatkan kesihatan Telemores, yang merupakan sebahagian penting daripada sel anda.

Kesimpulannya, resveratrol dalam Vivix sangat berperanan dalam kesihatan kulit dari segi:

  • Kesan kuat sebagai antioksidan dengan 95% lebih berkesan.
  • Memberikan kulit lebih baik dari segi mengelakkan kekeringan, memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan.
  • Melindungi daripada kesan cahaya matahari (UVB) dan mencegah daripada kerosakan.
  • Memerangi kesan akibat radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit.
  • Merangsang proliferasi sel sihat.
  • Sintesis kolagen dan meningkatkan fungsi fibroblas agar kolagen yang sihat.

Saturday, 16 December 2017

5 TIPS KEKAL SIHAT UNTUK LELAKI MODEN

Kesibukan dan aktiviti harian yang cukup padat membuatkan lelaki mengeluarkan tenaga dan stamina maksimum. Namun, tanpa tenaga yang maksimum, segala kerja mahupun aktiviti harian tidak mampu dilakukan. Ada cara yang boleh membantu kaum Adam untuk mendapatkan tenaga dan kekal sihat sepanjang hari.


  1. Sarapan Menu Pembakar.

Pengambilan oatmeal adalah salah satu cara yang boleh melonjakkan tenaga badan lelaki. Oatmeal mengandungi serat untuk tenaga dan vitamin B yang membantu menurunkan stres. Gandingkan oatmeal bersama jus oren. Kandungan vitamin C dalam oren akan menghasilkan serotonin-hormon yang merangsang mood dan nafsu makan.

   2.  Berjemur di bawah Cahaya Matahari.


Biasakan diri anda terdedah kepada cahaya matahari setiap pagi. Sudah memadai dengan hanya 15 minit sahaja. Dengan sinaran matahari, ia akan mengaktifkan vitamin D yang dihasilkan oleh badan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

   3.  Nikmati Kopi.


Minum kopi sebelum bersenam dapat mengurangkan keletihan selepas bersenam sebanyak 60%. Menurut penelitian di Amerika, kandungan kafein akan merangsang penghasilan adrenalin, seterusnya meningkatkan aliran darah semasa bersenam. Selain pengambilan kafein, kaum Adam juga perlu mengambil karbohidrat dan jumlah yang mencukupi untuk memberikan tambahan tenaga selama bersenam.

  4.  Jaga Suhu Badan.



Apabila prestasi otak kaum Adam menurun atau dengan kata lain, letih dan penat, badan mula terasa panas. Oleh itu, cubalah untuk lakukan sesuatu dengan rehat seketika. Jangan sesekali mengambil makanan jenis karbohidrat terlalu banyak.

  5.  Curi Masa untuk Bersenam.


Walaupun sesibuk mana dalam kerja-kerja seharian, cubalah untuk sempatkan diri dengan bersenam. Tidak perlu untuk mengambil masa berjam-jam untuk bersenam. Cukuplah dengan hanya setengah jam dan pilihlah senaman yang disukai dan sesuai dengan keadaan diri. Lakukan secara teratur supaya badan dapat mengikut ritma aktiviti seharian.

Wednesday, 6 December 2017

6 CARA UNTUK KURUS DENGAN SIHAT

Nak kurus dengan sihat? Mari amalkan tips ini.


6 Tips Mudah Untuk Kurus.

Tips ringkas dari segi pemakanan:

  1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
  2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
  4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
  5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
  6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Motivasi dan nasihat:

  1. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mempercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.
  2. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
  3. Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook.
  4. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
  5. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.
  6. Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
Ok, untuk entri seterusnya anie akan kongsikan sesuatu yang mampu membakar lemak dengan mudah. Tunggu ye...

Wednesday, 15 November 2017

MAKANAN TAMBAHAN MELENGKAPKAN NUTRISI IBU BERPANTANG...

Assalamualaikum... hai semua...

Masih kagi dalam entri tentang ibu berpantang...



Untuk entri kali ni, anie nak kongsikan tentang beberapa manfaat pengambilan makanan tambahan semasa dalm tempoh berpantang...

KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

1) B-Complex dengan Asid Folik.


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty.

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran.
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Sustained  Release Vitamin C Plus


- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Energizing soy Protein-  ESP


- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.

5) Alfalfa Complex


- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang.
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita.
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang.
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan.
- Memulihkan urat selepas bersalin.

6) Omega Guard


- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang.
- Boleh mengurangkan sakit kepala.
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal.
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan.

Jom dapatkan Set Berpantang ini dari anie...
013-9570123...

Sila klik sini untuk pembelian terus SET BERPANTANG SHAKLEE!


Monday, 6 November 2017

6 TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK-ANAK KEKAL SIHAT

Assalamualaikum...hai semua...

Entri kali ni anie nak kongsikan dengan uols tentang TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK- ANAK KEKAL SIHAT.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan persekitaran yang terdapat pelbagai jenis ancaman penyakit. Ibubapa di luar sana pasti risau jika anak mereka jatuh sakit, lagi-lagi kalau anak itu sudah bersekolah. Akibat daripada sakit, anak- anak tidak boleh ke sekolah.

Agaknya, macam mana ye nak pastikan anak- anak ni kekal sihat???

Jom kita amalkan tips di bawah untuk mengelakkan anak-anak daripada ponteng sekolah akibat sakit...

  1. Berikan anak-anak uols makanan yang seimbang.

Sebolehnya jika anak- anak bersekolah, bekalkanlah mereka dengan bekalan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hal ini kerana kebiasaannya makanan yang dijual di kantin sekolah mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang todak sihat untuk tumbesaran anak-anak. Contohnya, makanan segera dan bergoreng menjadi kegemaran anak-anak seperti nugget, ayam goreng. Ingat! Makanan segera seperti nugget tidak sesuai dimakan selalu oleh anak-anak ye...

    2.  Didik anak minum air kosong.


Biasakan anak-anak membawa botol air yang berisi air kosong ke sekolah. Mungkin ada ibubapa yang tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak-anak menjadi cerdas dan pintat. Selain itu, banyak minum air kosong juga untuk memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.

    3.  Galakkan anak bersukan.


Belajar sahaja boleh menyebabkan anak-anak berasa penat kerana tumpuan penuh yang diberikan semasa proses pembelajaran. Selain itu, duduk terlampau lama juga boleh menyebabkan penyakit seperti strok kerana kurang pergerakan anggota badan. Galakkan anak-anak untuk bersukan supaya badan dan minda mereka kekal sihat dan cergas, selain meningkatkan sistem imun.

   4.  Disiplinkan waktu tidur anak-anak.


Latih anak-anak untuk tidur secara teratur setiap hari pada waktu yang sama pada setiap malam. Ini dapat membantu anak-anak untuk lebih berdisiplin serta lebih sihat dan terhindar daripada mendapat sebarang penyakit. Pastikan anak-anak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya selama 10 hingga 12 jam sehari agar dia sedar ketika bangun pagi.

  5.  Pengambilan vaksin.


Vaksin sangat penting kepada anak-anak kerana mereka merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit. Pastikan anak-anak mendapat vaksin mencegah jangkitan bakteria dan virus yang kini yerdapat di dalam Program Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini penting supaya badan anak-anak dapat melawan kuman yang berjangkit pada badan sekaligus mencegah daripada penyakit berbahaya.

   6.  Berikan suplemen.


Cara terbaik bagi memastikan anak-anak membesar dengan mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain daripada pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan anak-anak suplemen.

Adakah uols sering lakukan 6 perkara ini untuk anak-anak uols? Kalau belum jom kita sama-sama praktikkan...

Jumpa lagi di lain entri... 

with 💕,
~anie jali~
~founder iDietFitGroup~