Pages

Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Friday, 22 December 2017

AMALAN BERSEDEKAH GANJARANNYA BERPANJANGAN WALAUPUN SUDAH TIADA DI DUNIA

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Pada hari Jumaat yang mulia ini, Anie nak kongsikan bersama sahabat semua tentang ganjaran bersedekah. Kebiasaannya, pada hari Jumaat selalu pesan kat suami, jangan lupa masukkan duit dalam tabung masjid. Lama-kelamaan dah jadi amalan, setiap hari Jumaat memang akan bersedekah.

Selain bersedekah dalam bentuk duit, kita juga boleh bersedekah makanan, minuman atau apa sahaja yang halal. Bercerita pasal sedekah ini teringat dulu suami pernah cerita, masa dia kerja Jabatan Perangkaan dulu, ada buat bancian kat satu rumah ni. Suami sedang terlantar sakit, isteri tak berkerja, anak pula ramai. Paling kecil lebih kurang setahun umurnya. Lepas habis banci, anak-anak kecil tu semua melambai-lambai. Tiba-tiba suami pusing balik, dan buka dompet, tengok ada RM5 dan RM20. Suami Anie pon keluarkan RM20 dan terus bagi dekat anak keluarga tu. Si isteri pon ucapkan terima kasih dekat suami Anie. Itulah sebenarnya sebaik-baik sedekah, bagi duit paling besar sekali nilainya dalam dompet.


Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan di dalam pemberiannya.

Adakah anda tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?

Rujukan dari hadis-hadis :

  • Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.
  • Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia di antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang.
  • Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah in Syaa Allah akan membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam.
  • Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
  • Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
  • Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
  • Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.
  • Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
  • Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat.
  • Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia di dalam keimanan serta ketaqwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.
  • Orang-orang yang memberi sedekah adalah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
  • Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT. In Syaa Allah.
  • Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat.
  • Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
  • Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT.
  • Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutupkan daripada 70 pintu kecelakaan di dunia.
  • Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.
  • Sedekah adalah ubat.
  • Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
  • Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung-burung.
Kalau nak pahala yang berpanjangan, walaupun kita dah tiada nanti, banyakkanlah bersedekah. Jangan berkira kalau nak besedekah ni. Anie berhajat supaya satu hari nanti, Anie mampu untuk sedekahkan penyaman udara di masjid. Selain itu juga, Anie impikan supaya bila berkemampuan, nak dirikan sebuah Sekolah Tahfiz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Anie nak sangat menjadi seorang manusia yang memberikan manfaat kepada manusia lain. Doakan Anie ye kawan-kawan semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Percaya sebelum berjaya!


Friday, 17 November 2017

6 JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERSEDEKAH

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...

Di hari Jumaat yang penuh barakah ni, jom kita banyakkan bersedekah...



Entri kali ni, anie nak kongsikan 6 Janji Allah kepada Orang yang Bersedekah...

  1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah.
  • Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya...
  • Rasulullah SAW bersabda :
“Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (H.R Tirmidzi)

    2.  Dapat berteduh di Hari Kiamat.
  • Nabi Muhammad SAW menceritakan 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di Padang Mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.
  • Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (H.R Bukhari)

   3.  Harta tidak akan berkurang tapi makin bertambah banyak.
  • Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.
  • Rasulullah SAW bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti Allah SWT akan tambahkan kebaikan baginya.” (H.R Muslim)

   4.  Dapat membebaskannya dari siksa kubur.
  • Rasulullah SAW bersabda :
“Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.” (H.R Ath-Thabrani)

   5.  Terdapat pibtu syurga hanya untuk orang yang bersedekah.
  • Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :
“Orang memberikan, menyambungkan 2 harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga : Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (H.R Bukhari dan Muslim)

   6.  Menjauhkan diri dari api neraka.
  • Janji Allah yang terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya bersedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut mampu menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya.
  • Rasulullah bersabda :
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Semoga kita dijauhi daripada sikap bakhil dan terlalu cinta dengan dunia. Memberikan harta ke jalan Allah adalah lebih baik...

Senyuman juga dianggap sedekah... Jom kita amalkan sikap sentiasa murah dengan senyuman...

Jumpa lagi di lain entri...