Pages

Sunday 2 September 2018

GARLIC BANTU MASALAH KEPUTIHAN WANITA



Uols tahu tak? Garlic atau bawang putih ini merupakan antibiotik semulajadi untuk tubuh. Garlic juga sangat bagus bagi mencegah dan mengawal masalah keputihan dalam kalangan wanita.

Ramai wanita menganggap cerita tentang masalah alat sulit kepada orang lain sebagai suatu keadaan yang memalukan dan terlalu peribadi. Hakikatnya masalah keputihan adalah perkara yang tidak asing bagi wanita.


Statistik menunjukkan 75% wanita yang telah berkahwin berdepan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa mereka mudah terdedah dengan risiko keputihan dan akibat masalah ini, malah hanya menganggap ianya hanya petanda lazim sebelum kitaran haid.

Sebenarnya, setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir pada faraj secara semulajadi dengan masalah yang serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Jadi, di sini anie nak kongsikan tentang kebaikan mengamalkan makan garlic. Tapi anie faham, bukan semua orang suka makan bawang putih kan? Uols bolehlah cari penyelesaiannya dengan mencari tablet bawang putih.

Anie merupakan seorang yang setiap hari mengambil garlic. Garlic yang anie makan ni  merupakan yang ditanam secara organik di California, USA. Ia tak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti. Cara buat ia eksklusif tau.

Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif. Penghasilannya juga ada ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint. 

Jadi, rasa dan bau dia sangat menyenangkan. Setiap 2 tablet Garlic ini bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.

Kaum hawa elok sangat tau amalkan makan garlic ni kerana ia sangat berkesan untuk masalah keputihan. Pengambilan garlic secara konsisten juga mampu mengelakkan kaum hawa daripada terkena keputihan. 

cara cara elak keputihan, keputihan, cara pulih keputihan sebelum menyebabkan jangkitan kuman pada rahim

Bagi yang memang ada masalah keputihan, garlic boleh bantu mengawal masalah keputihan. Pilihan ditangan uols, nak makan bawang putih ataupun tablet bawang putih. 

Anie memang tak lalu nak telan garlic macam tu sahaja, jadi setiap hari anie akan telan sebiji tablet bawang putih. Mudah je untuk dimakan dan dibawa ke mana sahaja.



Untuk maklumat lanjut boleh terus klik sini!
klik sini!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=051b924caaec65378fb0ef6356723e13

Monday 30 July 2018

KEPUTIHAN PUNCA HUBUNGAN SUAMI ISTERI RENGGANG

Bismillah,

Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak bersiaran dalam blog ni. Ada yang rindu tak? huhu

Jadi, entri kali ni Anie nak kongsikan dengan semua tentang tajuk yang agak sensitif tapi jika tidak diatasi boleh menimbulkan pelbagai masalah lain. Sedar tak sedar sebenarnya ramai wanita yang mengalami masalah keputihan. Ada juga wanita yang hanya memandang remeh tentang perkara ini.


Sewajarnya, perkara sebegini perlulah diambil serius kerana masalah keputihan ini juga sebenarnya boleh menyebabkan kemandulan dan jika tidak ditangani, ia boleh menjadi lebih kronik, lalu menyebabkan kematian. Selain itu, antara masalah lain yang disebabkan oleh masalah keputihan adalah kehamilan di luar rahim.

Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh perubahan hormon estrogen, yang mana terhasil apabila seseorang wanita menghampiri tarikh haid, lendir yang terhasil akan lebih likat dan putih. Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada. Keputihan normal biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina. Ia juga tidak menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.


Masalah keputihan yang berlebihan juga boleh mengundang keluhan daripada para suami kerana bagi para suami ianya boleh menggangu dan mengurangkan kenikmatan hubungan seksual. Selain itu, keputihan yang berlebihan juga menbuatkan bahagian vagina menjadi lembab dan basah berlebihan. Bayangkanlah keadaaan sebegini terjadi pada anda, pasti suami akan hilang selera untuk bersama. Jadi, jika anda tidak atasinya mungkin suami akan menjadikan masalah ini sebagai satu alasan untuk mencari orang ketiga. NO NO NO!

Anie nak cadangkan satu formula yang anda boleh cuba untuk atasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi lebih kronik lagi. Kenapa Anie cadangkannya? Jom kita baca sampai habis.

CARA ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN MUDAH



ALFALFA COMPLEX

  • Bersifat anti-kulat kerana kaya dengan klorofil.
  • Menstabilkan kandungan asid dalam badan.
  • Membnatu menyelesaikan maslaah faraj yang longgar kerana ia bertindak seolah-olah seperti kacip fatimah.
  • Bertindak sebagai agen detox dalam badan yang membuang angina dan toksin.

GARLIC COMPLEX

  • Kandungan alicin dalam garlic bertindak sebagai antibiotic semulajadi dan anti-kulat yang boleh memusnahkan bakteria penyebab keputihan.
  • Boleh membantu masalah keputihan pada wanita hamil kerana wanita hamil tidak disarankan untuk mengambil alfalfa.
  • Mengurangkan masalah gatal pada faraj.
  • Meningkatkan imun system tubuh.

GLA COMPLEX

  • Mengekang kulat candida daripada merebak dan terus membiak.
  • Mengurangkan inflamasi pada kulit, kegatalan, kulit kering dan kulat.
Bagi anda yang ingin mendapatkan konsultasi percuma cara pemakanan dan nasihat tentang masalah keputihan ini boleh hubungi Anie dengan cara terus klik di sini.

Tuesday 26 June 2018

3 CARA MUDAH ELAK SEMBELIT

Sembelit, mesti semua orang pernah alaminya kan? Jangan tipu la. Hehe. Ada yang sampai 2,3 hari tak buang air besar, ada tu sampai seminggu. Kesian tau dengan orang yang ada masalah macam ni. Jika anda adalah salah seorang yang ada masalah begini, jangan dibiarkan ye. Nanti lama-kelamaan akan mengundang BUASIR pula!


CARA MUDAH ATASI MASALAH SEMBELIT

  1. MAKAN MAKANAN YANG TINGGI SERAT



Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan. Serat mempunyai kesan fisiologi yang baik kepada proses pembuangan air besar, paras kolestrol darah dan paras gula dalam darah.

Antara makanan yang tinggi serta ialah oatmeal, betik, berries, sayuran hijau, avocado,buah pir, brokoli, kacang, badam dan gandum. Kesemuanya mudah untuk dicari.

2. MINUM BANYAK AIR



Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari. Sebenarnya, setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Jadi, berapa berat anda, kiralah jumlah air yang perlu anda minum setiap hari.

Minum banyak air juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh yang turut membantu proses penghadaman yang efisyen. Kombinasi serat dan air pula mampu bekerjasama melancarkan pergerakan sisa buangan tubuh di dalam usus bagi mengatasi masalah sembelit ini.

3. MAKAN HERBA DAN REMPAH



Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

Jika nak lagi mudah, anda boleh cuba cara anie iaitu dengan memakan 
Herb-Lax yang mampu membuatkan anda merasa lega. Hal ini kerana ia mampu memcuci usus anda dan mengeluarkan segala sisa yang berada di dalam usus anda. Sebelum tidur makan, confirm pagi esok anda akan ke tandas.



Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Anie di talian 0139570123.




Saturday 26 May 2018

5 MAKANAN BANYAKKAN SUSU IBU

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.

Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca yang dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah.


Oleh itu, kenalpasti punca susu badan anda merudum dan cari penyelesaiannya segera demi bayi tersayang. Di sini anie senaraikan beberapa makanan yang boleh diamalkan oleh para ibu untuk menambah susu badan. Mari kita semak satu persatu.

  1. Kurma

Kurma mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Ia memberi tenaga kepada tubuh ibu. Ia mengelakkan ibu letih dalam aktiviti penyusuan. Bila tubuh ibu mula letih, hormon stress akan terhasil. Hormon stress ini akan menyekat penghasilan susu. Oleh sebab itu, penting ibu kekal bertenaga semasa aktiviti menyusu. Jadi, buah kurma boleh membantu beri tenaga kepada ibu menyusu. Apabila ibu lebih bertenaga, susu ibu akan jadi lebih banyak.

  2. Badam


Badam merupakan makanan untuk ibu menyusu yang kaya akan kalsium yang berguna untuk tulang. Kandungan kalsium yang ada di dalam badam ini sangat memberi manfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi yang disusukan. Jadi, dengan mengamalkan makan badan, susu yang diberikan pada bayi akan mengandung lebih banyak kalsium. Selain untuk tulang, kalsium juga berguna untuk pertumbuhan gigi si kecil.

  3. Chia seeds 



Khasiat chia seeds ini adalah mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi dari susu. Jadi boleh la letak chia seeds dalam air masak yang selalu ibu menyusu minum.

  4. Jantung pisang 


Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau masak lemak. Kesannya dikatakan boleh banyakkan susu!

  5. Alfalfa 


Dikenali sebagai raja tumbuhan. Mengandungi kandungan fiber yang tinggi boleh membantu pelawasan ibu juga. Sangat terkenal sebagai penggalak susu dan sekarang sudah ada alfalfa dalan bentuk tablet yang mudah ditelan.

Sepanjang menyusukan secara penuh Ammar Izzariel selama 2 tahun sebulan, anie amalkan minum dan makan ini. Alhamdulillah supply sentiasa memenuhi demand.😍



Thursday 24 May 2018

RESEPI SOTONG SUMBAT YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum, hai semua. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah bersyukur masih lagi diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. 

Yang pasti Ramadhan kali ini ada kelainan sikit terutamanya pada menu bersahur kami suami isteri. Menu pilihan kami membuatkan kami bertenaga dan rasa kenyang sehinggalah waktu berbuka. Kalau nak tahu nanti anie akan kongsikan pada next entri.

Untuk entri hati ni anie nak kongsikan dengan semua tentang  menu berbuka anie semalam. Disebabkan ramai yang bertanya maka anie pon share la dengan semua. Jom kita follow resepi kat bawah ni.

Resepi Sotong Sumbat Semudah ABC



Bahan-bahannya :


5 ekor sotong bersaiz besar (pilih saiz besar sebab senang nak sumbat)
3 biji telur masin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
Daun sup
Daun bawang
Cili padi (dihiris halus)
Pencungkil gigi/ Lidi


Cara-caranya :

  1. Rebus telur masin tadi. Bila dah masak, keluarkan isinya dan potong kecil-kecil.
  2. Campurkan semua bahan tadi.
  3. Sumbatkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam sotong.
  4. Klipkan sotong tadi dengan lidi pencungkil gigi.
  5. Boleh dibakar bersama sos percik ataupun digoreng bersama tepung bestari.
  6. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!



Thursday 29 March 2018

8 TIPS PENTING BUAT IBU MENYUSU

Walaupun proses menyusu badan nampak begitu semulajadi dan mudah, sebenarnya ia adalah sebuah cabaran besar yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu. Untuk membantu memudahkan anda melalui perjalanan menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama seperti yang disyorkan oleh doktor, ketahui 7 tips ini.


  1. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Selepas bayi selamat dilahirkan, biasanya doktor atau jururawat akan memberi peluang untuk anda memegang bayi buat seketika. Walaupun anda terlalu letih ketika ini, jangan sia-siakan peluang ini untuk berhubung dengan bayi.
Menurut kajian sebuah jurnal, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu. Anda boleh juga cuba menyusukan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi anda tidak perlu risau jika susu anda masih belum keluar ketika itu.


  2. CARI POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, anda tidak perlu begitu risau jika susu yang dihasilkan belum begitu banyak. Susu kolostrum ini penuh dengan khasiat dan imuniti yang sangat menakjubkan buat kesihatan bayi sehingga ia dikenali sebagai ‘titisan emas’.
Pada awalnya, anda akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Namun, jangan berputus asa. Fokuskan kepada cara menyusu badan yang betul dengan bereksperimen beberapa posisi sehinggalah anda berasa selesa.


 3. PAKAI PAKAIAN SELESA

Salah satu trik untuk mendapatkan cara menyusu badan yang selesa adalah dengan memastikan anda berdua dalam keadaan selesa.
Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai, duduk di tempat yang selesa, dan pastikan anda sudah menyediakan bra menyusu seawal mungkin untuk membantu memudahkan penyusuan.


4. MENGENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR

Seeloknya, cuba kenalpasti tanda bayi anda lapar supaya anda dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Oleh itu, perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah respon terhadap rengekannya.


5. PRAKTIS MENGEPAM


Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara anda daripada bengkak atau tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.
Jadi, tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika anda bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk anda menggunakannya nanti.


6. MASALAH PUTING MELECET

Masalah puting melecet bukan saja dialami oleh ibu yang baru, tetapi juga ibu yang sudah berpengalaman. Ia boleh berpunca daripada masalah lekapan yang tidak elok, atau gigitan oleh bayi yang sedang tumbuh gigi.

Hampir kesemua ibu yang menyusu akan mengalami masalah ini. Oleh itu, anda bukanlah keseorangan. Cuba dapatkan krim yang sesuai untuk membantu melegakan kesakitan anda dan seeloknya teruskan menyusu bayi. Jika terlalu sakit, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi menggunakan susu perahan.


7. ‘NIPPLE CONFUSION’

Waktu yang elok untuk anda melatih bayi menggunakan puting tiruan atau botol susu pada usia sekitar 4-6 minggu, atau 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Jika anda memperkenalkan botol susu terlalu awal, dikhuatiri bayi akan keliru terhadap puting dan sukar untuk belajar melekap dengan betul pada payudara. Akibatnya, ada bayi yang langsung tidak mahu menyusu badan apabila telah selesa dengan puting tiruan.


8. KEKALKAN DIET SEIMBANG

Sebelum anda bercadang untuk mengambil apa-apa suplemen, kekalkan diet seimbang dan minumlah banyak air kosong setiap hari.

Lebih elok, amalkan meminum segelas air sebelum dan selepas menyusu badan. Selain memberi tenaga, ia membantu anda untuk memproduksikan susu yang mencukupi buat bayi. Selain itu, lakukan perahan atau ‘power pumping’ dengan kerap untuk mengekalkan produksi susu badan anda setiap hari.


Semoga memberi manfaat buat ibu menyusu semua.

Thursday 15 March 2018

7 AMALAN BERPANTANG YANG SANGAT MUDAH.


Wanita zaman moden terutama yang tidak bekerjaya semakin melupakan proses berpantang dengan cara yang betul selepas kehamilan. Andaian mereka berpantang sangat leceh dan memerlukan ketelitian dalam segala aspek. Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan.

Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.  Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.
Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.  Banyak perkara yang boleh dibincangkan dalam amalan berpantang. Antaranya ialah seperti berikut :
  1. Kesihatan
Doktor menggalakkan agar hubungan seks tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Hal ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi.
Apa itu luka episiotomi? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
  1. Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.  Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
  1. Ulaman dan sayuran

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.  Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme.
  1. Masalah emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.  Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis).
Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.  Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.
  1. Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut.  Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.  Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.
Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. Hal ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.
Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak.
  1. Urutan tradisional

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.  Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
     7. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan makanan tambahan juga banyak membantu ibu berpantang dari segi tenaga dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman. Makanan tambahan ini juga mampu membantu ibu berpantang melengkapkan nutrisi dalam tubuh mereka. Contohnya, proses kelahiran mengakibatkan ibu berpantang hilang banyak darah. Jadi, untuk menambah kandungan darah semula, ibu berpandang digalakkan mengambil vitamin seperti B-Complex, Iron tablets dan lain-lain lagi.