Pages

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, 14 November 2017

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERPANTANG.

Assalamualaikum dan hai semua...

Untuk entri hari ni anie nak kongsikan tentang makanan yang perlu dielak semasa berpantang...

APA RASIONAL BERPANTANG MAKANAN INI?

Okey, apa rasionalnya nak pantang makanan ini ye?


Ini kerana, makanan-makanan ini bersifat tajam dan berbisa. Malah, buah-buahan yang berasa masam dan sayur yang menjalar pula selalunya bersifat angin.

Kekacang pula, boleh mendatangkan tindak balas seperti alahan dan kegatalan di kawasan jahitan.

Benda-benda yang diperam seperti pekasam dan ikan kering pula, akan menyebabkan darah nifas tidak lancar keluarnya dan akan berbau hanyir serta punca keputihan.

KESANNYA KEPADA KESIHATAN IBU?

Ibu yang melanggar pantang makanan, kesannya kita dapat lihat sangat berbeza berbanding ibu yang menjaga pantang.

Ibu yang menjaga pantang, mempunyai stamina yang kuat dan cergas uruskan urusan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.

Stamina mereka kuat, dan susah mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman mereka sihat kesan dari pemakanan herba dan sajian harian yang sangat menyihatkan.

Manakala, ibu yang melanggar pantang pula sering kelihatan sentiasa penat, senang rasa mengantuk, dan rasa letih itu membuatkan mereka cepat marah dan moody.

Mereka juga senang mendapat sakit sendi dan sakit urat, badan mudah masuk angin, ketumbuhan jerawat dan senang gemuk serta berisiko untuk fibriod kerana rahim mereka tidak bersih daripada darah kotor, dan ketidakseimbangan hormon.

Seorang ibu itu benar-benar sihat itu mengambil masa selama 6 bulan selepas bersalin. Ini kerana, 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih tidak stabil.

Jadi, berpantanglah dengan tekun ye supaya hormon kembali seimbang dan barulah badan benar-benar sihat.

Okey, mari kita lihat apakah makanan-makanan yang perlu dielakkan oleh ibu berpantang! Jom..

 1. BUAH-BUAHAN YANG SEJUK DAN BERANGIN.

Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.

   2. SAYUR- SAYURAN YANG SEJUK DAN BERANGIN.

Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.

 3. KEKACANG YANG SEJUK DAN BERANGIN.

Kacang soya (tempe, tauhu, taufu fa), barli, kacang kuda (dhal), kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan taugeh.

   4. DAGING DAN AYAM.

Ayam suntik, telur, organ dalaman dan daging lembu (kecuali hiris nipis dan bakar kering).

5. IKAN DAN MAKANAN LAUT.

Ikan tongkol/kayu, pari, sotong, udang, kembung, sardin, cencaru, pekasam, ikan masin dan tamban.

Ikan masin bukan sahaja kurang berkhasiat buat ibu berpantang, ia juga boleh melemahkan urat saraf, punca keputihan dan menyebabkan darah nifas berbau hanyir.

Manakala, ikan yang bisa dan boleh menyebabkan ibu turun darah dan bentan dipintu rahim ialah parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam dan keli.

Udang, sotong, kerang dan ketam juga boleh menyebabkan alahan dan kegatalan kulit terutama di kawasan jahitan.

6. MINUMAN.

Air yang sejuk, berais, berkarbonat (gas) dan kafein yang tinggi.

7. LAIN-LAIN MAKANAN.

Laksa, mee kuning, keju, budu, jeruk dan nasi dingin.

Okey setakat ini dulu perkongsian anie.

Semoga bermanfaat...


Tuesday, 7 November 2017

3 KEPERLUAN TERBAIK UNTUK MELENGKAPKAN NUTRISI KANAK-KANAK

Assalamualaikum uols... Jumpa lagi hari ni...

Hari ni, anie nak cerita tentang keperluan penting bagi memenuhi nutrisi kanak-kanak.



Terdapat 3 keperluan penting bagi melangkapkan nutrisi kanak-kanak adalah seperti berikut :

  • MEAL SHAKES
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Meal Shakes juga merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik indeks. Rasanya yang enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Inilah Meal Shakes , pilihan protein soya terbaik anak anda.

  • VitaLea for Children

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka sihat bertenaga sepanjang hari.

  • OMEGA GUARD 


OMEGA GUARD bukan sahaja vitamin yang boleh dimakan oleh orang dewasa mahupun warga emas tetapi juga boleh diberi kepada kanak-kanak sejak dari umur 1 tahun ke atas.Pemakanan Omega Guard membantu otak kanak-kanak berkembang baik dan menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran serta membantu untuk masalah anak lambat membaca.

Majoriti daripada otak adalah terdiri daripada lemak "baik" lemak yang dikenali sebagai asid lemak, dan majoriti ini asd lemak yang "baik" adalah Omega-3. Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan keupayaan pembelajaran meningkat, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan, dan komunikasi antara sel-sel. Omega-3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi, dan boleh membantu orang ramai mengekalkan keupayaan mental yang sihat seiring dengan peningkatan usia.


Disebabkan DHA mempengaruhi otak untuk terus berkembang, ia kini termasuk pemakanan yang diperlukan untuk kanak-kanak. Bukan sahaja bayi. Bukan sahaja kanak-kanak kecil tetapi juga kanak-kanak yang hampir remaja

Pada usia 5 tahun misalnya otak kanak-kanak telah berkembang dan maju pada kadar tidak seperti mana-mana masa lain dalam kitaran hayat manusia. Sel-sel di dalam otak, retina, jantung dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf masih berkembang, jadi pengambilan DHA harian yang mencukupi adalah penting.

Ok.. ni la 3 keperluan penting untuk melengkapkan nutrisi kanak-kanak. Untuk dapatkan semua ni boleh hubungi anie di talian 0139570123 atau boleh buat pembelian terus di sini!

Monday, 6 November 2017

6 TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK-ANAK KEKAL SIHAT

Assalamualaikum...hai semua...

Entri kali ni anie nak kongsikan dengan uols tentang TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK- ANAK KEKAL SIHAT.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan persekitaran yang terdapat pelbagai jenis ancaman penyakit. Ibubapa di luar sana pasti risau jika anak mereka jatuh sakit, lagi-lagi kalau anak itu sudah bersekolah. Akibat daripada sakit, anak- anak tidak boleh ke sekolah.

Agaknya, macam mana ye nak pastikan anak- anak ni kekal sihat???

Jom kita amalkan tips di bawah untuk mengelakkan anak-anak daripada ponteng sekolah akibat sakit...

  1. Berikan anak-anak uols makanan yang seimbang.

Sebolehnya jika anak- anak bersekolah, bekalkanlah mereka dengan bekalan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hal ini kerana kebiasaannya makanan yang dijual di kantin sekolah mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang todak sihat untuk tumbesaran anak-anak. Contohnya, makanan segera dan bergoreng menjadi kegemaran anak-anak seperti nugget, ayam goreng. Ingat! Makanan segera seperti nugget tidak sesuai dimakan selalu oleh anak-anak ye...

    2.  Didik anak minum air kosong.


Biasakan anak-anak membawa botol air yang berisi air kosong ke sekolah. Mungkin ada ibubapa yang tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak-anak menjadi cerdas dan pintat. Selain itu, banyak minum air kosong juga untuk memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.

    3.  Galakkan anak bersukan.


Belajar sahaja boleh menyebabkan anak-anak berasa penat kerana tumpuan penuh yang diberikan semasa proses pembelajaran. Selain itu, duduk terlampau lama juga boleh menyebabkan penyakit seperti strok kerana kurang pergerakan anggota badan. Galakkan anak-anak untuk bersukan supaya badan dan minda mereka kekal sihat dan cergas, selain meningkatkan sistem imun.

   4.  Disiplinkan waktu tidur anak-anak.


Latih anak-anak untuk tidur secara teratur setiap hari pada waktu yang sama pada setiap malam. Ini dapat membantu anak-anak untuk lebih berdisiplin serta lebih sihat dan terhindar daripada mendapat sebarang penyakit. Pastikan anak-anak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya selama 10 hingga 12 jam sehari agar dia sedar ketika bangun pagi.

  5.  Pengambilan vaksin.


Vaksin sangat penting kepada anak-anak kerana mereka merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit. Pastikan anak-anak mendapat vaksin mencegah jangkitan bakteria dan virus yang kini yerdapat di dalam Program Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini penting supaya badan anak-anak dapat melawan kuman yang berjangkit pada badan sekaligus mencegah daripada penyakit berbahaya.

   6.  Berikan suplemen.


Cara terbaik bagi memastikan anak-anak membesar dengan mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain daripada pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan anak-anak suplemen.

Adakah uols sering lakukan 6 perkara ini untuk anak-anak uols? Kalau belum jom kita sama-sama praktikkan...

Jumpa lagi di lain entri... 

with 💕,
~anie jali~
~founder iDietFitGroup~