Pages

Showing posts with label anemia. Show all posts
Showing posts with label anemia. Show all posts

Thursday, 30 November 2017

CARA MENAMBAH DARAH DAN MEMASTIKAN BACAAN HB DI PARAS NORMAL.

Jika anda disahkan menghidap ANEMIA, apakah yang anda mampu lakukan bagi memastikan bacaan Hb anda kembali ke paras normal? Okay, hari ni anie nak kongsikan makanan tambahan ataupun vitamin yang mampu mengawal paras bacaan Hb anda.

Selain daripada pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti di bawah :


1) Vita-Lea with Iron Formula

Kenapa Iron penting untuk tambah darah?

Masalah low HB/Anemia? Kurang darah adalah disebabkan oleh kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut dan pengangkut oksigen dalam darah ialah Iron!

Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa.

2) B-Complex with Folic Asid

Tambahan dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian.

Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.

Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.

Kenapa perlu B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) yang diperlukan untuk mengatasi masalah anemia?

Setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fumgsi utama satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.

3) Sustained Release Vitamin C Plus

Membantu dalam penyerapan zat besi, asid folik dan B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya mensia-siakan pengambilan vitamin tambah darah. Lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.

Testimoni Set Anemia Shaklee



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
(Founder iDietFitGroup)

Wednesday, 29 November 2017

RAWATAN ANEMIA.

Adakah anda penghidap ANEMIA?

Apakah rawatan yang anda lakukan bagi memastikan bacaan Hb anda kembali kepada normal?

Rawatan Anemia.

Rawatan untuk penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan pengambilan zat besi tambahan dan juga makanan yang kaya dengan zat besi.

Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk :

  • Ayam.
  • Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea.
  • Ikan.
  • Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi).
  • Jem kacang.
  • Kacang soya.
  • Roti.
  • Oat.
  • Kismis.
  • Sayuran hijau seperti bayam.


Doktor selalunya akan memberi “syrup Ferrous Ammonia Citrate” untuk meningkatkan zat besi. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal untuk merawat anemia, beberapa faktor perlu diambil kira seperti :

  • Tidak mengambil ubat yang diberi.
  • Dos ubat kurang dari yang diperlukan.
  • Masalah dengan penyerapan zat besi dalam badan.
  • Diagnosa yang salah.

Kesan Rawatan.

Dengan rawatan penyakit ini boleh dirawat sepenuhnya dan tiada komplikasi serius tetapi tetap bergantung kepada sebab-sebabnya.

Tuesday, 28 November 2017

PUNCA TERJADINYA ANEMIA

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Jom kita sambung lagi tambah ilmu tentang ANEMIA. Kalau entri sebelum ini anie dah ceritakan tentang TANDA-TANDA ANEMIA, hari ni anie nak kongsikan tentang PUNCA TERJADINYA ANEMIA.

Untuk pengetahuan semua Kadar hemoglobin (Hb) normal pada manusia adalah seperti berikut :


  1. Lelaki dewasa : 13.5 - 17 g/dl
  2. Wanita dewasa : 12 - 15 g/dl
  3. Ibu hamil : 11 - 12 g/dl
  4. Bayi baru lahir : 14 -24 g/dl
  5. Kanak-kanak : 11 - 16 g/dl
Sekiranya bacaan Hb anda tidak normal bermakna anda adalah penghidap ANEMIA.

Terdapat 10 punca-punca terjadinya Anemia, adalah seperti berikut :



  1. Kurang pengambilan makanan yang banyak mengandungi zat besi, vitamin B12, asid folat dan vitamin C yang merupakan sumber zat yang sangat penting untuk pembentukan Sel Darah Merah (SDM).
  2. Kekurangan zat besi merupakan punca utama Anemia. Kekuranagn zat besi terjadi pada 20% pada wanita dewasa, 3% pada lelaki dewasa dan 50% pada wanita hamil.
  3. Mereka yang vegetarian menyebabkan tubuh kekurangan vitamin B12. Vitamin B12 banyak terdapat pada sumber haiwan seperti daging lembu, ikan, telur dan susu.
  4. Kekurangan asid folat juga dapat menyebabkan Anemia kerana asid folat sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan SDM yang sihat. Asid folat banyak terdapat dalam makanan terutamanya sayuran hijau mentah dan hati lembu.
  5. Pengaliran darah haid yang berlebihan. Beberapa wanita yang senggugut dan mengeluarkan darah haid secara berlebihan lebih mudah terkena Anemia. Wanita yang sedang dalam kitaran haid tidak memiliki zat besi yang cukup.
  6. Wanita yang sedang hamil juga memiliki risiko untuk terkena Anemia. Hal ini dipengaruhi oleh keperluan zat besi dan vitamin yang dimakan oleh ibu juga diserap oleh bayi di dalam kandungan. Bayi juga memerlukan zat besi dan vitamin untuk pertumbuhannya. Oleh itu, ibu hamil disarankan supaya memenuhi dan melengkapkan keperluan zat besi, vitamin dan sumber makanan secara seimbang yang baik untuk ibu dan bayi yang dikandungnya.
  7. Memiliki penyakit tertentu yang menyebabkan infeksi dan pendarahan terus-menerus terutama pada saluran pencernaan seperti gastrik, radang usus dan penyakit lain.
  8. Kesan pengambilan ubt-ubatan tertentu. Terdapat beberapa ubat-ubatan tertentu yang mungkin sering diambil boleh menyebabkan kemampuan metabolisme tubuh untuk menyerap vitamin atau zat besi.
  9. Kesan sampingan prosedur perubatan dan pembedahan. Terdapat prosedur perubatan yang menyebabkan tubuh terkena Anemia dan kurang dapat menyerap zat besi dan vitamin B12.
  10. Penyakit kronik seperti arthritis, penyakit buah pinggang, masalah kelenjar tiroid dan beberapa jenis penyakit kanser. Adakalanya penyakit kronik tersebut juga dapat melumpuhkan kemampuan pembentukan SDM dan akhirnya terkena Anemia.

Monday, 27 November 2017

TANDA-TANDA PENGHIDAP ANEMIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Entri kali ni masih lagi bercerita tentang ANEMIA  Kali ni anie nak kongsikan apakah tanda-tanda penghidap anemia.

Pada permulaannya, tanda-tanda anemia ini tidak ketara kelihatan tetapi lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia akan menjadi lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai. Tanda-tanda anemia berbeza bergantung kepada tahapnya.

Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah terkena anemia kerana diet harian yang tidak betul dan tidak makan mengikut piramid makanan. Makan ikut sedap je. Contohnya, tidak mengambil berat tentang pengambilan zat besi dalam makanan yang diambil.

TANDA-TANDA ANEMIA :


  1. Keletihan : anda akan berasa letih apabila sel darah normal tidak mencukupi.
  2. Kesukaran untuk fokus : pembentukan neurotransmitter berubah apabila seseorang kekurangan zat besi dan menyebabkan kurang fokus.
  3. Sakit otot yang melampau : kekurangan zat besi akan menyebabkan sakit otot tidak dapat pulih dengan baik.
  4. Bersikap tidak ambil peduli : sikap tidak ambil peduli terhadap apa-apa, rakan-rakan, keluarga dan kerjaya.
  5. Kuku rapuh : kekurangan zat besi akan menyebabkan kuku rapuh, biasanya akan membentuk cengkerang atau seperti sudi di dalam kuku.
  6. Pucat : penampilan yabg pucat adalah disebabkan aliran darah yang rendah dan kekurangan sel darah merah.
  7. Air kencing berwarna merah atau merah jambu : disebabkan oleh kekurangan zat besi dan peningkatan penyerapan pigmen tertentu pada usus.
Adakah anda mengalami tanda-tanda di atas? Jika ada, anda semestinya kurang zat besi. Jadi amalkan pemakanan yang seimbang bagi melengkapi keperluan nutrisi badan kita.

Sunday, 26 November 2017

ADAKAH ANDA BERISIKO MENDAPAT ANEMIA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Uols pernah dengar ANEMIA tak?

APA ITU ANEMIA?


ANEMIA ialah sejenis penyakit yang terjadi desebabkan oleh kepekatan hemoglobin di bawah paras normal. Keadaan ini kerap kali berlaku bersama-sama dengan kekurangan bilangan Sel Darah Merah (SDM). Hal ini juga berkait rapat dengan kekurangan zat besi dalam badan. Kebiasaanya terjadi kepada wanita hamil tetapi ada juga berlaku disebabkan oleh penyakit atau dirawat disebabkan penyakit.

PUNCA ANEMIA.



  1. Gangguan pembentukan SDM normal.
  2. Pemusnahan SDM yang berlebihan.
  3. Pendarahan yang berlebihan.
  • Gangguan SDM normal ini terjadi akibat daripada kekurangan zat atau kekurangan fungsi sum-sum tulang. Pembentukan SDM memerlukan bahan penting seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik.
  • Zat besi adalah komponen penting dalam hemoglobin. Kekurangan zat besi akan menyebabkan hemoglobin kita terganggu dan berkurangan.Oleh itu saiz SDM pun akan menjadi kecil daripada normal dan warnanya juga kurang merah.
  • Anemia jenis ini dikenali sebagai Anemia Hipokromik Mikrositik dan jenis anemia yang kerap berlaku.
  • Bagaimana badan kita kekurangan zat besi? Kehilangan darah, kurang bekalan zat besi dalam badan, kurang penyerapan zat besi.
  • Kanak-kanak memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.
  • Bayi dan kanak-kanak yang berisiko mendapat anemia ialah bayi yang lahir pra matang, bayi yang telah minum susu formula bawah daripada 1 tahun, bayi yang menyusu badan tetapi tidak diberikan makan yang cukup zat besi ketika umurnya cukup 6 bulan, kanak-kanak yang berumur 1 hingga 5 tahun yang minum susu formula lebih daripada 24oz sehari.
  • Selain kanak-kanak dan bayi, remaja perempuan juga berisiko untuk mendapat anemia kerana kekurangan zat besi kerana kehilangan darah yang banyak semasa haid.