Pages

Showing posts with label kebas tangan. Show all posts
Showing posts with label kebas tangan. Show all posts

Monday, 5 February 2018

PENYELESAIAN MASALAH KEBAS TANGAN DAN KAKI.

Dah lama menderita akibat kebas-kebas tangan atau kaki? Sememangnya akan mengganggu rutin harian kita kerana terpaksa menangguhkan kerja-kerja berat yang melibatkan pergerakan tangan atau kaki. Jom baca ini sampai habis. Hari ini anie nak kongsikan sesuatu yang boleh membantu anda dalam masalah sebegini.




PENYELESAIAN KEBAS TANGAN ATAU KAKI :
  1. VIVIX: Membantu dalam memperbaiki sel-sel, melancarkan perjalanan darah seterusnya merawat dalam masalah kebas serta dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol.
  2. B-Complex : Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.
  3. Omega Guard : Minyak ikan berfungsi sebagai anti-radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal sebanyak tiga kali. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.
  4. Ostematrix : Pil kalsium ini sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

Selain daripada itu gabungan set ini ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah tekanan darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit.



Sunday, 4 February 2018

5 RAWATAN KEBAS TANGAN

Assalamualaikum dan hai semua. Untuk entri kali ini anie nak kongsikan beberapa Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel). Jom kita sama-sama tambah ilmu.



Antaranya ialah :
  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.
Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Semoga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.