Pages

Saturday 8 October 2016

TIROID dan PENYEBABNYA....

Hai semua...

Hari ni saya nk bercerita tentang penyakit "TIROID".

"TIROID" ialah suatu kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama yang terletak di bahagian hadapan bawah leher. Ia berfungsi untuk mengatur pelbagai sistem metabolisme dalam tubuh sehingga peranannya sangat penting bagi kita.

Prestasi kelenjar tiroid dikawal oleh otak. Apabila tubuh mengalami kekurangan atau kelebihan hormon tiroid , otak akan merangsang kelenjar tiroid untuk menyesuaikan prestasi agar kadar hormon tersebut kembali seimbang.

Punca Penyakit Tiroid

Jenis utama penyakit tiroid adalah kadar hormon tiroid yang terlalu tinggi atau rendah dalam tubuh kita. Hal ini boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor yang meliputi:

  • Masalah pada kelenjar pituari di otak.
  • Kelenjar tiroid yang rosak misalnya kerana pendedahan radiasi.
  • Pengaruh ubat litium.
  • Kadar iodin yang berlebihan dalam tubuh.

No comments:

Post a Comment