Pages

Monday 6 November 2017

6 TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK-ANAK KEKAL SIHAT

Assalamualaikum...hai semua...

Entri kali ni anie nak kongsikan dengan uols tentang TIPS UNTUK PASTIKAN ANAK- ANAK KEKAL SIHAT.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan persekitaran yang terdapat pelbagai jenis ancaman penyakit. Ibubapa di luar sana pasti risau jika anak mereka jatuh sakit, lagi-lagi kalau anak itu sudah bersekolah. Akibat daripada sakit, anak- anak tidak boleh ke sekolah.

Agaknya, macam mana ye nak pastikan anak- anak ni kekal sihat???

Jom kita amalkan tips di bawah untuk mengelakkan anak-anak daripada ponteng sekolah akibat sakit...

  1. Berikan anak-anak uols makanan yang seimbang.

Sebolehnya jika anak- anak bersekolah, bekalkanlah mereka dengan bekalan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hal ini kerana kebiasaannya makanan yang dijual di kantin sekolah mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang todak sihat untuk tumbesaran anak-anak. Contohnya, makanan segera dan bergoreng menjadi kegemaran anak-anak seperti nugget, ayam goreng. Ingat! Makanan segera seperti nugget tidak sesuai dimakan selalu oleh anak-anak ye...

    2.  Didik anak minum air kosong.


Biasakan anak-anak membawa botol air yang berisi air kosong ke sekolah. Mungkin ada ibubapa yang tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak-anak menjadi cerdas dan pintat. Selain itu, banyak minum air kosong juga untuk memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.

    3.  Galakkan anak bersukan.


Belajar sahaja boleh menyebabkan anak-anak berasa penat kerana tumpuan penuh yang diberikan semasa proses pembelajaran. Selain itu, duduk terlampau lama juga boleh menyebabkan penyakit seperti strok kerana kurang pergerakan anggota badan. Galakkan anak-anak untuk bersukan supaya badan dan minda mereka kekal sihat dan cergas, selain meningkatkan sistem imun.

   4.  Disiplinkan waktu tidur anak-anak.


Latih anak-anak untuk tidur secara teratur setiap hari pada waktu yang sama pada setiap malam. Ini dapat membantu anak-anak untuk lebih berdisiplin serta lebih sihat dan terhindar daripada mendapat sebarang penyakit. Pastikan anak-anak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya selama 10 hingga 12 jam sehari agar dia sedar ketika bangun pagi.

  5.  Pengambilan vaksin.


Vaksin sangat penting kepada anak-anak kerana mereka merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit. Pastikan anak-anak mendapat vaksin mencegah jangkitan bakteria dan virus yang kini yerdapat di dalam Program Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini penting supaya badan anak-anak dapat melawan kuman yang berjangkit pada badan sekaligus mencegah daripada penyakit berbahaya.

   6.  Berikan suplemen.


Cara terbaik bagi memastikan anak-anak membesar dengan mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain daripada pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan anak-anak suplemen.

Adakah uols sering lakukan 6 perkara ini untuk anak-anak uols? Kalau belum jom kita sama-sama praktikkan...

Jumpa lagi di lain entri... 

with 💕,
~anie jali~
~founder iDietFitGroup~

No comments:

Post a Comment