Adakah anda penghidap ANEMIA?
Apakah rawatan yang anda lakukan bagi memastikan bacaan Hb anda kembali kepada normal?
Rawatan Anemia.
Rawatan untuk penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan pengambilan zat besi tambahan dan juga makanan yang kaya dengan zat besi.
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk :
- Ayam.
- Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea.
- Ikan.
- Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi).
- Jem kacang.
- Kacang soya.
- Roti.
- Oat.
- Kismis.
- Sayuran hijau seperti bayam.
Doktor selalunya akan memberi “syrup Ferrous Ammonia Citrate” untuk meningkatkan zat besi. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal untuk merawat anemia, beberapa faktor perlu diambil kira seperti :
- Tidak mengambil ubat yang diberi.
- Dos ubat kurang dari yang diperlukan.
- Masalah dengan penyerapan zat besi dalam badan.
- Diagnosa yang salah.
Kesan Rawatan.
Dengan rawatan penyakit ini boleh dirawat sepenuhnya dan tiada komplikasi serius tetapi tetap bergantung kepada sebab-sebabnya.
No comments:
Post a Comment