Pages

Tuesday 5 December 2017

6 TIPS TAMPIL LANGSING MENAWAN SEBELUM HARI BAHAGIA

Sekejap je rasa dah bulan 12 kan... kita dah ke penghujung tahun 2017... haaa bila hujung-hujung tahun ni makin ramailah ibubapa yang nikahkan anak... 

Kadang-kadang sehari sampai 2 atau 3 jemputan majlis perkahwinan yang kita terima kan... bukan setakat undangan majlis perkahwinan saja, yang bertunang pon sama juga...

Adakah anda tergolong dalam golongan yang sedang menanti hari bahagia? Kalau ya, marilah cuba tips ini...

Jika anda sudah selesai melangsungkan majlis pertunangan, sekarang fokus oula pada misi tampil langsing menawan pasa hari pernikahan dan persandingan. Anda yang tentukan samada mahu menyarung persalinan bersaiz kecil atau sebaliknya, motivasikan diri mencapai impian yang dihajati.


  1. Rutin senaman berbeza. Rutin High Intensity Intervel Training (HITT) selama 30 minit setiap hari sememangnya boleh menurunkan berat badan tetapi lebih berkesan anda anda bertukar-tukar jenis senaman sepanjang tempoh tersebut. Dalam pada itu, teruskan target untuk tetap bersenam sebanyak 4 kali seminggu dan pilih 1 hari untuk rutin HITT.
  2. Jangan tinggal sarapan. Berdasarkan kajian International Journal of Obesity, meninggalkan sarapan pagi hanya akan membuatkan anda makan 90% kalori lebih banyak daripada biasa. Lebih memeranjatkan, kesan daripada tabiat makan sebegini akan mengakibatkan ukuran lilit pinggang anda “meningkat” secara mendadak! Justeru, anda perlu pastikan sarapan diambil secara konsisten. Selain mengelakkan makan berlebihan pada waktu makan utama, sarapan juga boleh mengekalkan tahap gula dalam darah sentiasa normal.
  3. Misi ikut saiz baju ditempah. Kedengaran agak mustahil tampil lngsing dengan cara ini bukan? Tetapi inilh motivasi yang akan mendesak anda untuk mencapai misi. Sekiranya tidak, anda terpaksa menambah belanja untuk mengubah suai baju dan tentunya juga kesulitan ini akan merugikan wang serta masa.
  4. “Bersahabat” dengan telur. Telur merupakan sejenis makanan yang penuh dengan kebaikan. Ibarat ‘pil’ kurus semulajadi, telur mampu menghilangkan berat badan dengan memenuhi kehendak tubuh terhadap protein. Sebahagian kajian nutrisi mendapati individubyang mengambil telur saat sarapan pagi kurang ‘berperang’ dengan kelaparan dan ketagihan makanan manis, berbanding mereka yang makan bubur atau bijirin. Mana yang bagus? Putih telur ke kuning telur? Makanlah kesemuanya sekali. Untuk lebih berkhasiat, gandingkan menu telur bersama makanan seimbang lain.
  5. Pantas memasak, makan perlahan-lahan. Bakal pengantin sememangnya akan sibuk dengan pelbagai urusan. Justeru, ramai yang ambil langkah mudah dengan makan makanan segera. Sejujurnya, cara ini memang praktikal dan menjimatkan masa, namun awas! Apa yang anda makan menentukan bagaimana tahap kesihatan dan penampilan anda kelak. Masaklah sendiri di rumah kerana anda boleh mengawal penggunaan bahan perasa dan kuantiti selain dapt menikmati makanan dengan penuh ketenangan.
  6. Mudahnya makan. Jurulatih kecergasan antarabangsa, James Duigan, menjelaskan makanan yang tidak diproses begitu hampir dengan makanan segar semulajadi yang bebas bahan perasa, lemak berlebihan dan sebagainya. Oleh itu, cuba tambahkan salad segar atau ulam-ulaman dalam setiap sesi makan utama anda. Menu sihat ini bukan saja berkhasiat dan penuh serat tetapi bakal membuatkan anda ‘kebal’ kelaparan dalam tempoh yang lebih lama.
Apa tunggu lagi? Ayuh bakal-bakal pengantin, kita cuba amalkan tips ini. Barulah langsing, cantik dan menawan atas pelamin nanti.

No comments:

Post a Comment