Pages

Saturday, 11 November 2017

EKSPEDISI MENUJU PUNCAK GUNUNG ANGSI 2017

Assalamualaikum dan hai semua...

Selamat berhujung minggu... sambil-sambil bercuti tu meh la baca kisah anie ni... hehe

Entri kali ni anie nak kongsikan pengalaman anie menyertai Ekspedisi Menuju Puncak Gunung Angsi pada 19 Ogos 2017 yang lepas...

Penyertaan menuju puncak ini perlu daftar dengan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan terlebih dahulu... Ekspedisi ini juga bertujuan untuk mencipta rekod Malaysia dan Dunia bagi “The Longest Wrist Clasping in The World” dengan penyertaan Sukarelawan seramai 8000 orang.


Lepas dah daftar dan sign aku janji, tanggal 19 Ogos 2017, jam 4 pagi anie dan adik anie pon bergerak ke Bukit Putus untuk berkumpul. Jam 5.30 tiba di lokasi bersama-sama kawan-kawan yang lain... Gelap gila masa tu..huhu
Anie dan adik anie sarapan dalam kereta je.. Shake ESP+ Vivix... mabeles... huhu


Masuk je waktu subuh kami terus solat tepi kereta je.. gambar tengah solat tak de pulak... melampau pulak kalau snap pic time solat kan... hehe

Lepas je selesai solat terus berkumpul... uols bayangkanlah seramai 8000 sukarelawan nak dikumpulkan... huhhhh dari gelap sampai ke cerah masih lagi tak berjaya dikumpulkan...
Sambil-sambil menunggu tu kami pon apa lagi, welfie la... maka terhasillah gambar-gambar ni semua...






Apabila dah cukup ahli kumpulan barulah kami dibenarkan untuk mendaki... anie kumpulan P2, jadi kumoulan kedua yang akan dilepaskan untuk mendaki. Sebelum mulakan pendakian, kami menyanyikan lagu Negaraku, lagi bersemangat uols.. meremang bulu roma... kumpulan P1-P10 diamanahkan untuk membawa bendera... sebelum mula mendaki, kami juga dibekalkan air kotak, buah Lai, KFC 2 ketul dan air mineral... puaslah membawa semua tu sepanjang pendakian... kalau tak bawa rugi, nanti sampai atas kebuluran... haha

Sebelum mendaki kita posing lagi..





Sepanjang tempoh mendaki sempatlah snap beberapa gambar...




Ini budak hampir tewas dipertengahan pendakian tapi setelah dicuci otaknya, berjaya juga sampai ke puncak.

Sambil tunggu semuanya sampai ke check point masing-masing kami pon menikmati makanan yang dibekalkan sambil beborak dengan sukarelawan yang lain... sempat juga ajak diaorg welfie... huhu


Yang buat iklan gigi depan sekali ni la marshall kumpulan P2 yang guide kami sepanjang pendakian.





Sebelum “The Longest Wrist Clasping in The Word” dibuat kami pon ambil kesempatan bergambar di puncak Gunubg Angsi...



Akhir sekali acara kemuncak, kami semua diarah untuk berbaris dan memegang tangan antara satu sama lain... cara pegangan tangan semua diambil kira setelitinya supaya dapat mencatatkan Rekod Malaysia dan Dunia...



Setiap masa ada je gambar yang sempat anie snap untuk dijadikan kenangan dan bukti di kemudian hari... Walaupun agak letih dan mencabar, anie sangat seronok menyertai ekspidisi ini... Walaupuan pada mulanya anie sendiri kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri, tapi akhirnya berjaya juga anie tawan Gunung Angsi... Alhamdulillah syukur...

Inilah sijilnya...

Maka berakhirlah cerita Ekspedisi Menuju Puncak Gunung Angsi 2017 anie... in shaa Allah entri akan datang anie akan kongsikan pengalaman pertama anie dalam hiking iaitu pendakian Gunung Datuk...

Terima kasih membaca sampai habis... Jumpa di lain entri...

No comments:

Post a Comment