Pages

Sunday, 12 November 2017

Resepi Mushrooms Puff...

Assalamualaikum dan hai semua...

Sambil-sambil berjalan-jalan tu meh anie nak kongsi resepi Mushrooms Puff kat uols... senang je...


Bahan-bahan :
  • 1 tin mushroom soup
  • 1 tin air masak
  • 1 tin cendawan butang
  • Pizza Topping/ Mozarella
  • Roti paratha
  • Hirisan sosej dan bebola sayuran
  • Sedikit daun oregano
  • Sedikit lada hitam
  • Kuning telur
  • Marjerin

Cara-cara :

  1. Masukkan mushroom soup bersama air masak ke dalam kuali, kacau sehingga pekat.
  2. Apabila sudah pekat masukkan cendawan butang, hirisan sosej dan bebola sayuran.
  3. Masukkan sedikit daun oregano dan sedikit lada hitam, kacau sehingga mendidih dan padamkan api.
  4. Panaskan oven dengan suhu 200🌡 selama 5 minit.
  5. Ambil roti paratha dan masukkan inti yang telah dimasak tadi di tengah-tengah roti paratha dan taburkan sedikit pizza topping.
  6. Lipatkan dua roti paratha supaya menjadi seperti bentuk karipap.
  7. Ambil garfu, kemudian tekankan di bahagian tepi roti paratha tersebut.
  8. Sapukan kuning telur di seluruh roti tersebut.
  9. Sapukan marjerin di atas dulang oven dan bakar selama 30 minit.
  10. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment