Pages

Saturday 18 November 2017

RESEPI MUFFIN TELUR GEBU

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua...

Hari ni ramai yang ada program konvo anak kan...
Pasti ibu-ibu terkejar-kejar nak sediakan makanan untuk tang tersayang..

Hari ni anie nak kongsikan resepi mudah iaitu Resepi Muffin Telur Gebu...



Bahan-bahan :


  • 6 biji telur
  • 3 keping chesdale
  • 1 batang timun jepun*
  • 2 biji kentang*
  • 1 batang lobak merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
Cara-cara :
  • Semua bahan bertanda * dipotong dadu.
  • Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 200 darjah C.
  • Sapukan sedikit marjerin dalam loyang 7 x 7 inci.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * yang telah dipotong dadu tadi.
  • Potong chesdale tadi kepada kepingan kecil. 
  • Taburkan daun sup dan daun bawang.
  • Blender telur sehingga kembang.
  • Curahkan telur ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 200 darjah C...
  • Siap untuk dimakan.

Sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang atau bagi yang berdiet tak nak makan nasi boleh la makan masa lunch...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment