Pages

Sunday 24 December 2017

APA ITU SINUS DAN KENALI PUNCA RADANG SINUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar SINUS? Jangan pandang remeh ye kalau pagi-pagi selalu sangat bersin. Kebiasaanya, bila ada habuk je yang selalu terbersin, tetapi ini tidak, asalkan bangun pagi je sementara nak bersiap ke tempat kerja mesti bersin banyak kali. Kalau dalam bahasa yang mudah untuk difahami, keadaan sebegitu dipanggil rendung. Jom kita ketahui apa itu sinus dan apakah penyebab berlaku keadaan sedemikian.

APA ITU SINUS?



Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. Sinusitis atau radang sinus berlaku apabila tejadinya inflamasi pada atau lebih sinus paranasal. Sinus paranasal adalah ruang berisi udara dan dilapisi oleh membran mukus yang terdapat pada beberapa tulang tengkorak dan membuka ke dalam kaviti hidung. Sinus paranasal terdiri daripada sinus maksilari (tiap-tiap sepasangan), sinus etmoid (terdiri daripada beberapa ruang dalam tulang etmoid) dan dua sinus sphenoid.

Resdung pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput  sinus. Hal ini tidak disalahkan drai segi terjemahan, tetapi dari segi istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penykit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.


PUNCA RADANG SINUS :



Sinusitis lazimnya disebabkan oleh jangkitan yang merebak dari hidung. Penyebab sinusitis adalah sebarang keadaan yang menyebabkan pembengkakkan pada sinus. Pembengkakkan pada sinus ini boleh berlaku disebabkan perubahan suhu atau tekanan udara. Alahan boleh juga menyebabkan sinusitis. Penggunaan semburan hidung dengan terlalu banyak, merokok, berenang atau menyelam juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami sinusitis.

Sesetengah individu pula mempunyai ketumbuhan yang dikenali sebagai polip yang menyekat laluan sinus dan menyebabkan sinusitis. Apabila sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, anda pasti akan mendapat jangkitan sinus. Jangkitan sinus adakalanya muncul selepas anda menghidap selesema. Virus selesema menyerang lapisan dalam sinus menyebabkan ia membengkak dan menjadi sempit. Tubuh anda akan memberi tindak balas kepada virus dengan cara menghasilkan lebih banyak mukus, tetapi ia dihalang oleh sinus yang membengkak. Mukus yang terbentuk ini adalah tempat yang baik untuk pertumbuhan bakteria. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan sinus.

Okay, sekarang anda dah boleh kenali sinus ataupun resdung, untuk entri seterusnya Anie akan kongsikan pula tentang tanda-tanda sinus dan bagaimanakah cara pencegahannya.

No comments:

Post a Comment